Wednesday, November 11, 2009

DOMINO

Semangat telah tumbang seperti domino tersungkur kebumi..

Monday, November 9, 2009

WHAT IS INSIDE THE BOWL?

"Where is the rissoto located?"

"Hmmm...Maybe south of brazil".

"You are totally stupid la sis".

"Huh! Why haa??"

"Rissoto is inside my bowl,and its yummy!"

"Wutterfoooooodd!!"


Bercakap dengan budak immatured kadang2 buat aku sendiri rasa immatured.

Monday, November 2, 2009

PAHAM SUDAH

Aku mula paham dan aku akan terus memahami. Kalau kau dah di takdirkan untuk menjadi perempuan, kau patut bersyukur. Kalau kau lelaki, kau kena tabah.

Tuesday, October 13, 2009

LAMPU SULUH LANGIT TU MEMANG MACAM...................................................

Tadi tengah layan nasik goreng ayam tahap terbaek punya, aku nampak macam ade skaf putih melayang2. Nasib baik aku dah habis makan. Kalau tak memang rugi. Dah la nasik goreng dengan ayam tu terbaik. Makan sambil layan pushing daisy ke pe tah. Time tu baru aku percaya kat dunia ni memang ada hantu. Selama ni aku bajet kebal kot.

Aku pon tak pandang kiri kanan terus ke pintu. Aku rasa muka dah pucat lesi jugak la tadi. Keluar pintu sampai tak sempat nak sarung slipar jepun betul2. Dah la tersepak pulak tepi pintu, kaki luka. Babun betul. Semua salah lampu suluh langit funfair tu!!Kadang2 aku rasa lampu funfair suluh langit tu memang macam gampang je.

Kalau ye pon nak buat, buat la yang cahaya terang sikit macam yang aku nampak sebelum ni. Ni tidak, lampu pon samar2. Kalau makcik2 ada sakit jantung baru perasan cahaya tu macam aku ni la, ada jugak kena sakit jantung kritikal. On the spot beb..

Dah la. Aku baru balik dari pahang ni. Tadi pekena sate kajang. Terbaeeeeekkkk!!

Kaki aku luka ni pihak funfair tak nak tanggung ke????

Monday, October 5, 2009

KASI GUDANG GARAM SE!!

Aku terkejut dan pelik sebab baru aku sedar kat dunia ni ada perempuan yang berani hisap rokok terang2 depan mak dia. Kalau lah aku smoking depan mama aku agaknya dia bagi kapak kat kepala aku. Mak dia bukan calang2 orang jugak kot. Tenaga yang mencegah anak muda daripada smoking jugak tak silap aku.

Pelik......... Tapi tu lah dunia sekarang ni....

Sunday, October 4, 2009

SATE PASAR MALAM SEDAP!

Aku ke pasar malam tadi. Perut ni kalau dah lapar, ade je isyarat serta merta dia hanta ke otak. Lagi laju dari sms sampai. Tetiba terbayang rangka ayam, sate 25 sen secucuk, kepak ayam madu, popia goreng. Perghhh. Time tu kecur. Dah sampai sana, tak tahu pulak nak beli mana satu. Nak beli semua harapan la. Duit aku bukan banyak weh.

Sebut pasal duit, aku ada kisah. Di pasar malam tadi jugak. Bukan nak berbangga dengan diri sendiri. Tapi aku tak tahulah kenapa aku nak cerita jugak.

Selalunya kat pasar malam ni bukan setakat orang jual makanan, kaen baju je. Ada jugak insan2 kurang upaya datang mencari rezeki. Mungkin kerana mereka kurang upaya, tak boleh bekerja, ikhtiar terakhir adalah dengan meminta sedekah. Selalunya aku kurang kisah sangat dengan mereka ni. Aku bukanlah kedekut, tapi tak tahulah kadang2 tak terhulur jugak.

Tapi tadi, waktu aku tengah cari stall jual ayam rangka, nampak seorang pakcik yang dah tua sangat2. Aku agak umur dia dalam 78 tahun kot. Kepala pon dah memutih dengan uban. Duduk tepi jalan. Aku time tu jugak bukak purse, ambik duit hulur kat pakcik tu. Tak tahu perasaan aku time tu macam mana. Rasa otak aku kosong time hulur duit tu. Aku tak pandang kiri kanan. Betol2 rasa kosong. Aku pon terus ikot kawan aku beli goreng pisang. Baru aku perasan time tu aku memberi dengan betul2 ikhlas. Aku tengok pakcik tu dongak lihat aku balik. Aku tak perasan muka dia. Kalau aku tengok mungkin aku nak menangis kot.

Aku harap pakcik tu sehat dilindungi Allah. Bukan hina cara dia mencari rezeki. At least sumber rezeki dia dapat tu halal.

Yang buat aku hairan konsep pasar malam sekarang ni ialah orang2 Celcom, Maxis malahan Astro pon duk "menjaja". Pelik aku. Zaman kecik dulu kalau dengar je pasar malam mesti ada makanan, jual kaen baju je. Pasar malam moden la kot ada jual simcard RM8.80. Hairan.

Thursday, October 1, 2009

ELIEN MEMANG KEPALA GONDOL KE???

Sejak akhir2 ni aku asik nak buat entri tak berguna je. Nak buat tatapan keturunan pon memalukan je.

Imaginasi aku meliar ke arah benda laen sekarang. Dalam kepala otak nak bukak bisnes la, nak melukis la, nak pergi holiday la. Tapi yang paling asik terbayang benda scary2 je. Macam dalam bas haritu aku terbayang de satu blade tajam gile nak potong bas. Lepas tu tengok kat lua tingkap de lampu fun fair yang suluh langit tu. Aku terbayang kalau la betol2 ade elien kat angkasa tu nampak lampu kaler hijau tu turun kebumi. Maybe diorang ingat lampu tu isyarat nak panggil diorang ke kan. Lepas tu elien buat kacau macam dalam citer district 9 tu. Gile scary elien macam tu kan..

Mlampau lampau kan. Belom cite bab2 mimpi lagi. Kalau cite bab2 mimpi ni aku boleh wat novel kasi kat encik Rahimin. Mane tau die bleh jual cite aku kan. Dapat jugak duet aku nak beli Crocs baru... hahah..

Mrapu lebih ni. Selamat malam dunia!!

Tuesday, September 29, 2009

DIAM...

Cerita dihari raya terlalu banyak. Tunggulah. Tak pon tak payah stori ar... Dah lewat. Laptop aku buat hal. Lagi aku susah nak on9..

Sakit ati jugak la..

Tapi tak pelah.. Aku belajar redhaa....
xpasti

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA!!

Selamat hari raya semua....
dah balik kg..
sesi berblogging tgu 2mgu lagi..
hahah...

drive safely!!=)

Monday, September 14, 2009

JOM GELAK RAMAI2

babi tu indah...
sebab dia kaler pink...
tapi aku tak suka kaler pink pon...
kadang2 je terbeli stuff kale pink..
babi tu indah..
sebab dia ciptaan Allah...
babi tu indah..
di mulut manusia la kan...
tapi babi tu memang tak indah bila...
kawan kau cakap kau babi...

dan aku...
cakap kat die
MOTHERBITCH balik!!
nah amik kau!!!!

Saturday, September 12, 2009

MERAPU

Bosan ar tulis blog(currently)..Bukan aku dapat duit lagi pon. Tunggulah 5 6 tahun lagi baru dapat kot. Tu pon kalau umur panjang kan. Bende2 leceh macam ni tak de lah aku nak kejar duit sangat kan. Baek aku bukak bakery ke, lagi senang dapat duit.

Lepas tu tulis blog ni bagi aku bukan kene tulis setiap mase, macam kau g tandas pon kau nak cerita, kau ketiadaan internet sekejap pon kau nak cerita kan. Tunggulah ada topik hangat ke, idea yang menarik ke, pujangga yang ada wow ke kan... Baru namanya blogger sejati.

Ape ni?? Biar la. Aku nak stadi.(ayat blogger hampeh dan tak sejati langsung)..

Sigh panjang2................

Wednesday, September 9, 2009

MAKCIK YANG ZALIM!!

Rase nak baling je bekas isi tempe pedas kat makcik jual tempe tu bile sebungkus tempe pedas yang aku beli dengan dia berharga RM3.00... Kalau kat kafe aku boleh dapat RM0.80 je banyak tu. Nasib baek aku baek hati tak mencarut depan makcik tu. Dah la rase macam hampeh je.. Haih betol. Dah la muka kerek je time jual. Skali aku tanye bape ringgit. Dia cakap tiga ringgit terus aku like bagi muke wutterfucccckkkkk kat dia.Mahal gila vavi ok!!

Nasib baik ko pendek makcik. Dan kau bergelar makcik. Kalau kau kakak ke, aku dah bagi sedas tadi. Series aku tak mo dah pergi bazar Kulim. Diorang cekik darah bai........

CERITA GILA NI!!

Hari ni bufday laptop aku yang ke-2..

Hepi bufday sayang walaupun kau banyak sangkut2..

Aku sayang kau jugak...=)

RAYA DATANG LAGI!!

Bila raya dah tinggal lagi 2 minggu bakal menjelma, aku mula eksited. Teringat macam2. Macam2 lah. Baju raye, muke adik2 hepi, mak aku sebok beli barang nak buat kuih, abah aku pikir nak g cari buluh lemang kat mane (padahal baru tahun lepas dia buat lemang sorang2), daging bape kilo nak buat rendang, ayam bape ekor nak masak kalau tak cukup rendang daging, nasik impit segera, kacang tanah nak buat kuah kacang, ikan selayang nak buat laksa lemak (laksa lemak mak aku buat memang power), macam2 lagi lah bende yang buat aku tersenyum sampai telinga.

Lepastu hari raya makan tak hingat. Sampai pening2. Suar jeans kompem susa na masuk. Haih.. Adik2 aku yang kecik dok sebok ajak beraya nak kumpul duit raya. Aku zaman kecik dulu sempoi je g dengan kawan2 aku. Takde ajak orang tua pon nak g beraya. Tak sesat pon. Dapat 50sen dah kembang. Kalau dapat seringgit seketul kaler emas tu lagi kembang2 kempis hidung. Time dulu memang payah sket nak dapat seringgit kalau kat kampung. Kalau kau nak jugak kau kena pergi rumah yang besar mungkin milik bekas guru besar sekolah rendah, rumah ketua kampung, ataupun pembuat roti canai tersohor kat kampung. Semua kampung.

Banyak lagi cerita raya di waktu kecik2 dolu. Banyak sangat sampai kalu aku nak tulis pon berjela2. Tak mampu rasanya.

Ok. Sebenarnya tak sabar nak balik rumah je ni. Haha. Puasa tahun ni baru sehari dekat rumah. Dalam 7 tahun ni boleh kira sangat bape hari aku puasa kat rumah. Sedih betul. Tapi biasala kan dah duduk jauh... Redha.......

16 hb t sampai la aku kat rumah. Nak buat kuih raya. Shortbread yang aku baru blaja buat pon kene buat jugak. Hahaha..

Selamat berpuasa lagi beberapa hari. Malam esok aku nak g terawih weh...

Ini raya tahun lepas!

Ini juga raya tahun lepas!!

Monday, September 7, 2009

KISAH PENGUIN

Suatu petang yang damai, angin sepoi2 bahasa, langit membiru, Mak Senah dan Pak Kassim keluar berjalan2. Biasalah,dah pencen tak de kerja nak buat petang2,ambik angin pusing2 bandar. Mereka tak duduk kat kampung. Katanya kolot. Huh! Meterial pulak orang tua ni....

Tiba2 di tengah jalan yang tak berapa ramai sangat orang sebab orang tak balik kerja lagi kan, mereka ternampak seekor penguin sesat. Tak tahu la pulak dari mana datangnya penguin tersebut. Mak berlakulah situasi seperti hari demikin berlaku........

"Oh..Terkejut benor rasenya ade penguin tengah2 bandar ni kan darling. Apa ke pelik sangat ni? Kita nak buat ape dengan natang ni ha???"gumam Pak Kassim.

"A'ah kan.. Tapi saya tahu ape na buat ni dear. Kita mintak tolong dengan polis la nak?" Mak Senah memberi cadangan.

Jadi mereka pun berjumpa la dengan polis peronda di hujung kedai Sari Tambi di hujuuuuung jalan. Pasangan bahagia tu pun menceritakan lah kronologi bagaimana pertemuan mereka dengan penguin tersebut.

"Mmmm.. Saya rasa cadangan terbaik adalah membawa penguin ini ke zoo", cadang polis lelaki itu.

"Cadangan yang baik sekali",kata Mak Senah dengan hati gembira.

Lalu mereka pun membawa bersama penguin tersebut ke zoo.

............

Keesokan harinya ketika polis lelaki tersebut membuat rondaan seperti hari2 sebelumnya ternampaklah pasangan semalam masih bersama dengan penguin itu lagi. Dia mula berasa hairan sambil garu siku. Tabiat agaknya. Dia menghampiri pasangan tersebut.

"Saya ingatkan kamu dah bawak binatang ni ke zoo".

"Well, kitorang dah bawak dah penguin ni pergi zoo semalam, dan kitorang gembira sangat2. Tengah hari ni hajatnya kitorang nak bawak penguin ni pergi tengok wayang, lepas tu petang ni nak pergi makan2 kat Manhattan Fish Market", kata Pak Kassim bersungguh2 sambil Mak Senah angguk2 kepala.

Polis tu terkedu tak terkata. Akhirnya polis tu pencen sebab masalah mental. Mungkin jugak dulu Pak Kassim dan Mak Senah adalah pegawai polis berpangkat tinggi.......

Sunday, September 6, 2009

APE NI??

Bila malam bergelar tidak puasa, aku makan dengan banyaknya sehingga susah nak tidur. Lepas tu salahkan cadar dah lama tak basuh ada banyak hama gigit peha dengan lengan. Sape suruh tidur pakai boxer dengan t-shirt kecik2 kan?? Lepas tu mula mencarut2 like hugdewgflik !6%$&^$%# bila mata dah jadik macam panda.

Haih2!!

Aku baru layan perasaan bila terpikir hari Isnin ni cuti. Sape tak seronok dapat cuti kan. Orang sakit mental tahap parah je suka kerja @ belajar. Lagi2 kau masuk kelas pastu buat programming. Weh!! Tak kena dengan jiwa langsung.

Dah la.. Nak tidur. Orang2 tivi ni bukan nak kasi cerita layan skit tengah2 malam ni. Tak best langsung!!!

Thursday, September 3, 2009

ANNOYING

Words for today..

"Orang tua yang berperangai seperti budak dimata aku sangatlah annoying"

Monday, August 31, 2009

MERDEKA AKU!!

jangan diharap bulan jatuh ke riba
pungguk menanti belum ketemu
jangan diharap janji setia
panjangan akan bosan jemu

disangka gelap selindung langsir
cahaya terang hidup pelita
dipegang pecah dikendong kecicir
apa yang dinanti tak kunjung tiba

suram datang disebalik bukit
kelam datang diam sunyi
angan diharap tinggi melangit
kaki dijejak masih di bumi


selamat hari "merdeka"

Wednesday, August 26, 2009

S For Sofea!!!

Rindu kat budak comey ni. Rindu sangat2.

Sunday, August 23, 2009

BAS HILANG ???

Aku nak menyumpah lagi. Pikir2 balik bulan puasa ni aku menyumpah bukan sebab setan hasut, tapi nafsu,aku tawakal balik. Tapi aku memang angin gila la wei!!

Meh nak stori. Tadi aku balik dari koala lompor ke kolim. Aku naik PLUSLINEAR. Tu memang jadik pilihan aku sebab memang selamat,cepat,tepat, dan tak de la cekik darah sangat tiket die. Setiap kali aku nak balik umah tu lah satu-satunye bas yang aku naek.

Lepas tu, nak dijadikan cerita dibulan puasa ni, aku naek bas dengan pemandunye yang tua. Aku tak pasti kreadibiliti dia tu sesuai lagi ke tak untuk dijadikan pemandu bas ekspres. Aku tengok memang da tua pon. Bukan kutuk ni memang hakikat.

Dia berhenti sebab nak bagi laluan kepada kitorang yang Islam ni untuk bukak puasa dekat Bukit Gantang. Tak de pulak dia cakap berapa minit nak berenti. Selalunya kalau aku naik bas PLUSLINEAR ni dia bagi tahu rehat berapa minit. Aku pon buat donnow, pastu terus pergi beli makanan nak bukak puasa. Biasa la nafsu time sebelum bukak puasa memang membuak2. Aku ambik lauk kemain banyak.

Dah ambik lauk banyak2 memang time yang diambil untik makan pon agak lame la sikit lau nak dibandingkan dengan time2 makan pada hari yang tak puasa. Lepas tu minom milo panas. Weh, dah name pon panas, mane boleh maen togok gitu je kan. Kene la teguk selow2 baru terasa nikmat milo pekat tu.

Dah makan kenyang2, kena gi toilet, kalau tak perut aku dalam bas kang wat hal. Dah la seat yang aku duduk tadi basah. Haram jadah mane la bagi tumpah air atas seat tu. Dah aku kena alas dengan fail kawan aku. Dah kene ganti. Dah kurang duet nakbeli crocs. Dah kene mintak duit lebih dengan ma aku. Haih. Manusia betul!!

Selesai gi tiolet aku dengan kawan aku pergi la tempat bas parking. Aku pelik sebab aku tak nampak PLUSLINEAR tercinta tu. Macam putih je mata aku tengok tempat parking dia kosong je. Aku macam pelik la sebab baru 25 minit kitorang rehat. Dia dah lari ke??

Aku cari kat Petronas, tapi tak jumpa jugak. Aku cuak. Tapi buat2 tak cuak. Baru nampak cool kan. Bodoh!! Aku dah kena tinggal dengan bas la sial!!!!!! Time ni memang gelabah tak boleh berfikir bai. Cek kredit telefon tinggal RM0.83. Ceis!! Memang telefon ma aku pon tak sempat. Lepas tu aku try carik nombor telefon sape yang boleh aku nak hubungi sebab aku memang tak de no telefon kaunter PLUSLINEAR kolim. Aku jumpe nombor telefon kaunter shamisha. Telefon je la mintak tolong bagi nombor kaunter PLUSLINEAR kan. Aku telefon dia tak angkat. Babooon!! Takkan kau berbukak punya lama?? Sape nak jage kaunter weh?? Kau tak nak niaga ke? %^&$!!!!!!!!!!!!

Dah la bukan aku je yang kene tinggal. Lagi tiga orang yang senasib dengan aku kena tinggal terkontang kanting dekat bukit gantang tu weh. Dengan segala laptop, beg deuter 14kg aku tinggal dalam PLUSLINEAR tu! Aku dengan muka tak malu pergi dekat bas Roadway yang patutnya ke Butterworth. Tanya boleh tak tumpangkan kitorang ke Kolim. Naseb baek dia bagi tumpang. Dalam bas tu memang buat muka tak malu la. Seat dia dah la best. Besar gila.

Dalam bas tu aku dok telefon kawan aku mintak tolong ambik beg aku kat bas tu. Aku telefon kaunter skali lagi tapi takde orang jawab!! VAVI lagi skali kat kau weh!! Aku pelik kenapa orang-orang penumpang dalam bas tu tak tolong bagitahu yang penumpang dalam bas tu tak cukup lagi ha???Ni la orang panggil SATU MALAYSIA kan? Memang macam gampang orang yang duduk sebelah seat aku tu tak tolong cakap kat driver tu!!

Nasib baek bas Roadway tu sempat kejar PLUSLINEAR yang h@#%$ tu. Aku pon naek dan perli2 orang dalam bas tu. Kalau korang tak terasa lagi bergi berambus duduk kat Zimbabwe la wei!!!!!! Lepas ni kalau aku naek bas kompem aku tak mau turun. Kalau nak kencing pon aku nak kencing dalam tu je. Boleh???

Huh!!!!!!Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam. Tolong bersikap saling membantu di bulan yang mulia ini.

Saturday, August 15, 2009

BOSAN

ucapkata aku sudah muak didengar
suara garau kasar aku diendah....

haih...

Friday, August 14, 2009

MUORRR!!

Malam ni aku terasa hati sebab tak boleh ikot trip pergi Johor. Lebih spesifik, MUAR. Abah kesayangan aku tak bagi pergi sebab risau pasal H1N1. Biasala kan dia sayang aku lebih. Heheh.

Lepas tu aku baru mandi pukul 11.15 p.m td. Aku pakai baju kaler hijau kesukaan. Tapi tibe2 je malam ni aku rase tak selesa dengan baju tu. Jadi aku tukar pakai baju kesayangan lagi yang Azerai aku bagi. Ok. Selesa.

Lepas tu aku balas message dari kawan aku yang ikot trip ke Muar tu. Bila nak reply je message die tu, aku tacing. Weh!! Aku nak ikot korang jugak la!! Nanti hujung sem kalau korang tak buat trip pergi mane2 siap la korang. Aku tak mahu belanja gula2 dalam kelas dah!!!

Ini AMARAN tau!!

Dah.. Jangan tacing2. Minggu depan nak balik rumah jumpe mama kan.. Hehe..

Mimpi indah akan menyusul sebentar lagi..

Gudnite bebeh!

Thursday, August 13, 2009

BENCI

Aku rase nak marah2 je sekarang.
Walaupun kerja tak berapa banyak tapi tetap sebok melampau.
Aku tak suka keadaan ni..

Minggu depan aku nak balik rumah bercuti seminggu.
Biar padan muka aku tak belajar.
Arghhhhh..
Biar la..
Aku dah 2bulan tak jumpa mak bapak adik beradik serta kucing2 kesayangan.
Gila kan 2 bulan weh..
Lebih spesifikasi 2bulan 1ohari siak!!!

Nak balik makan gulai lemak ikan tenggiri masin.
Meleleh air hidung..
Haih!!!

Tuesday, August 11, 2009

JOM MENCARUT!!

Ish...Tensyen la....
Budak2 bilik aku mencarut depan aku....
Bukan mencarut dekat aku...
Tapi nanti aku terikut la mangkuk!!

See,aku dah mencarut..
Haih..
Tolong laa jangan ajar aku mencarut teruk korang!!!
Heheheheh...

Sunday, August 9, 2009

MAJLIS MAKAN2!!!

Aku ke acara makan2 di rumah kawan aku. (SAMBIL TERINGAT KAT AYONG DAN NABIL!!!HAHAHAHAH). Kenyang nak gile. Series kalau kau da selalu makan nasik sekali sehari lepas tu hari laen kau makan nasik+ayam bakar+me goreng+me sup+kek batik+puding+dadih stoberi+air mangga+nugget+fries+air sarsi, kau akan rase nak muntah. Lepas tu pening macam tak cukup tidur. Mata berat macam ada dinesor kat atas kelopak mate.

Penyakit ni aku rase lagi bahaya dari demam chikungunya.

Balik saja ke hostel dijamukan pula dengan lagu keling pariya. Bodoh punya keling buat konsert kat belakang jalan hostel aku. Lagu dia aku dah menyumpah2 tak sedap. Sedap lagi bunyi musik New Boyz. Memang bangang!

Tak larat nak cerita.

Tengok gamba dah la....

Majlis tokey mee sup sedap kat bandaraya KULIM weh. Memang la ade mee sup.. Puas hati aku dapat makan mee sup.

Kek Mickey Mouse setelah dicemar duli.

Gile comey kek ni weh.. Besar gile...

BBQ terhebat la weh!!

Tokey mee sup sedap bandaraya KULIM yang sedang berdiri tudung hitam tu... Sebok tu.. Baru balik niage...heheh

Pegi makan2 tibe2 dapat baby comel..(tengok eyebag aku macam bontot ayam yang menggelebeh je...haih)



Haaa...Gambo ni takde kene mengena dengan majlis makan2 tu.. Ni sebab aku rindu dekat AZRAAI aku..Hahahahah.. Annoying!!!

Saturday, August 8, 2009

TIDUR LENA

Sekarang apa yang saya mahukan ialah segebar blanket merah terang.

Seperti ini..

Friday, August 7, 2009

NORHANIDA YAHYA DAN KISAH HIDUP..

Sangat rare kan nama aku. Tah malam ni tiba2 terpikir pasal diri sendiri. Ada ke orang sama macam aku? Ada ke kat dunia ni muka sama macam aku? Ada ke kat dunia ni orang sama besar dengan aku? Ada ke kat dunia ni orang anak sulung sama nama dengan aku? Ada ke orang dekat dunia ni suka baca buku cerita macam aku suka baca?

Hish.. Kalau aku nak tulis semua, memang akan panjang berjela2 la wei. Orang tengok persoalan ni memang anggap macam soalan bodoh je kan. Tapi ni separuh daripada muhasabah diri bagi aku. Fikir untuk kebaikan diri sendiri. Contohnya macam persoalan "ada ke orang lain nama macam aku?". Muhasabah untuk diri aku, aku perlu bersyukur dengan nama aku dan jangan pepandai nak tukar nama like kunda sheldon ataupun preemanidaparia okeng. Abah mama aku bagi nama elok2 sila hargai. Persoalan lain tu aku malas nak cerita. Nanti kauorang baca macam meluat pulak.

Lepas tu, dalam masa aku memotivasikan diri supaya rapat dengan pencipta ni, aku juga pikirkan tentang kewujudan aku kat dunia ni adalah untuk membawa dan melakukan sesuatu yang berguna untuk diri sendiri,negara serta agama. Cewah macam nak bagi ceramah bebas. Tapi tu lah hakikat hidup. Perlu perbaiki hidup kita setiap hari ye kawan2. Juga berdoalah untuk yang terbaik dalam kehidupan.

Sekian la dahulu entri aku untuk sesi memotivasikan diri. Aku juga gembira hari ni sebab buku yang aku order dengan RAHIMIN IDRIS tempoh hari telah sampai. Aku takmau baca terus habis satu buku. Nak baca satu cerita sehari. Nak menghayati hasil tulisan beliau. Sangat bagus ok.

Sesiapa yang berminat boleh lah ke blog beliau di www.rahimin.blogspot.com dan bolehlah order disitu. Sangat berpatutan dengan kos RM10.00. Handmade okeng. Dia binding sendiri rasanya.

Inilah rupa Bukan Deja Vu!

Selamat bergembira dan beribadah di bulan Syaaban yang mulia.

Selamat malam dunia!!

Wednesday, August 5, 2009

MOTIVASI

Semakin hari semakin aku jauh dengan pencipta. Aku sememangnya sangat lalai. Aku sedar. Tapi aku susah nak berubah. Mengadap facebook dan layan lagu orang putih macam haram jadah tu aku boleh je. Tu memang perkara yang aku tak kan tinggal setiap hari demi memenuhkan jadual hidup.

Tapi aku alpa. Lupa siapa pencipta. Lupa siapa yang lebih berkuasa. Sebetulnya aku hanya dipinjamkan di muka bumi ni hanya sementara. Yang ni memang betul2 aku pasti. Siapa yang tidak akan terlepas dari mati kan? Mati tu pasti.

Hari ini aku rapat dengan tuhan. Maksud aku aku sujud menyembah pencipta. Aku tahu, aku memang sentiasa lalai yang ini. Sedang solat, rintik hujan menerpa bumi. Aku sebak. Usai solat, aku panjangkan doa. Mintak dilindungkan diri dari segala bencana. Tinggikan tempat untuk kedua ibu bapaku di syurga kelak. Ampunkan segala dosa aku. Mudahkan segala urusan dan perkenankan segala doa yang aku hajati.

Aku kelam malam ni. Sesudah makan, aku berniat untuk puasa esok hari. Semoga dengan bermulanya paparan entri ini, aku akan sering mengingatkan diri aku untuk rapat dengan Tuhan. Sisa hidup aku di dunia ini hanya Dia yang tahu. Kegembiraan esok, musibah lusa, siapa yang tahu. Aku perlu rapat dengan Pencipta Agung aku.

Aku perlu motivasi. Bukan roti basi.

Tuesday, August 4, 2009

BUANG BELOG SAYA!!

Aku rasa macam blog ni akan kene delete la..
Aku dah boring merepek..
Idea pon dah kurang..

Ape pendapat anda??

Thursday, July 30, 2009

SAKIT LAGI

Tengah sakit..

Tak larat nak berblogging.

Bukan selsema babi, selsema biasa2 saje.

Tadi pergi hospital dokter cakap dehydration. Yeke aku dehydration??

Bukan buat kerja teruk pon.

Tapi aku takut gile, kat hospital tadi ramai gile orang sakit.

Huh.. Doakan aku cepat sehat.

Wednesday, July 29, 2009

TAKUT UNTUK HIDUP DI DUNIA?

Aku baru dapat panggilan mama aku pukul 9 lebih tadi. Memang dia yang akan telefon aku. Ma aku cakap da ramai orang kene H1N1 kat Kuala Lipis sekarang. Sampai dah ade sekolah yang terpaksa ditutup. Dia pesan supaya aku jangan keluar pergi tempat yang ramai orang. Takut ohh!

Kesimpulannya di sini, hidup di dunia kini sudah tidak selamat. Selepas wabak selsema burung melanda, dunia dikejutkan dengan selsema yang lagi dasyat.. SELSEMA BABI weh!! Memang hidup di dunia kini tidak selamat lagi.

Oleh itu, disarankan para angkasawan segera bertindak untuk menubuhkan penempatan di planet2 yang berhampiran dengan bumi. Planet yang berhampiran dengan bumi dicadangkan disini kerana untuk mengurangkan kos pengangkutan. Selain daripada jarak yang jauh dan berkemungkinan tua di dalam kapal angkasa jika mahu ke planet Zuhal atau mungkin yang ingin ke Pluto.

Ini memang tidak masuk akal. Tapi di manakah tempat lain yang lebih selamat daripada bumi yang memungkinkan munculnya segala macam jenis selsema. Mungkan beberapa tahun lagi ada selsema kucing. Tak pun selsema kambing. Oh!! Aku takut untuk hidup.

Dalam berita baru2 ni pun aku dengan kemungkinan besar penduduk di dunia akan menghidap selsema babi ni menjelang beberapa tahun lagi. Walaupun vaksin telah ditemui dan mungkin keluar pada bulan september nanti (HARAP MAKLUM BULAN SEPTEMBER OK!), tapi berkesan sangatkah vaksin tersebut? Kemungkinan juga wabak ini akan sampai ke hemisfera utara dan selatan. So macam mane ni? Cerita berakhir dengan bagaimana?

Gerun wei!!

Justeru aku harus lebih berwaspada dan banyak bertaubat.

Banyakkan amal kau nida di bulan yang mulia ni. Haih..

SURAT CINTA SAYA!!

Ini untuk mama aku. Walaupun die tak pernah tahu ape tu blogspot, tapi aku dah bagi tahu die aku ade blog. Haha. Ini adalah luahan anak mama yang semakin busy sekarang.

Kepada mama,

Anak mu disini sihat walafiat sahaja. Harap ma abah serta adik2 berada dalam pink of health (ayat darjah 6 untuk essay). Sekarang makan pakai cukup lagi. Tapi duit sentiasa tak cukup. Huhu. Tambahan pula pinjaman bulan ni dapat lewat. Ma tahu bukan kebiasaanya loan kak da akan masuk pada 27 atau 28 di setiap hujung bulan. Tapi kak da tak tahu la ape pasal MARA tak bank in lagi duit. Mungkin diorang lupa. Apa pasal pulak lupe kan, tu memang kerja diorang. Nak marah ni, tapi dengan ma tak berani nak mencarut. Kak da tahu nanti ma tarik telinga.
(ini adalah perenggan untuk meminta belas ihsan duit mama..) huhu

Semester ni pulak kak da kena siapkan Final Year Projek (FYP). So, hari ni dari pagi sampai la malam nanti kak da duduk kat bengkel. Tu pun ade mase sikit je. Tak sempat na telefon ma lagi hari ni. Tapi masa untuk Facebook dan blogging ada lagi. Bukan apa, Kak da sedang bercucuk tanam untuk mendapatkan duit tambahan serta menguatkan otot2 di tangan demi untuk memotong besi. Esok petang kak da telefon ma eh.. Lepas tu nak bagi tahu jugak kredit dah nak abis, so ma kena lah topup. hehe

Ma, dikesempatan ni kak da nak mintak sumbangan nak beli Crocs baru. Hehe. Ma tahu kan Crocs Cleo yang kak da pakai sekarang ni dah haus tapaknya. Bukan tak bagi dia minum, tapi tu lah hakikat dia. Kejelitaan dia memang utuh seperti mama lagi, cuma ma paham-paham sajalah dah lebih setahun kakda pakai Cleo tu, nak jugak merasa pakai Alice. Hehe..

Akhir kata, kak da doakan ma abah serta adik2 doa kat kak da agar tabah berada di MSI yang indah ni. Berhirupkan udara bandaraya metropolitan KULIM, dikelilingi kilang-kilang yang gah di kotaraya HI-TECH PARK. Insya-Allah hujung bulan nanti kak da balik okeng. Doakan kejayaan kak da jugak eh ma abah. Pesanan untuk dayah dan tirah sila jangan buli ma ok. Kalau ma malas masak suruk je ma beli dekat kedai Wan Ye tu je. Okeng. Jangan bagi ma dengan abah makan ikan masin. Nanti kena darah tinggi.

Salam sayang dari anakmu yang jauh dan letih (baru balik main bola tampar)..
-KUNDA SHELDON YAHYA-

Tuesday, July 28, 2009

NAK MAKAN!!

Nafsu makan memang selalu je datang time2 malam nak tidor ni. Siang2 hari takde la pulak die datang. Memang buat perut aku jadik lapar mencucuk2.

Baru teringat sambal tumis ikan bilis tempoyak yang ma aku slalu buat. Bapak la segala sedap makan dengan nasik panas2.

Ya Allah. Kecur!!!

Redha..

Tidur dengan kelaparan dan ingat kat family.

Ingat kat Azraai jugak.

Stoking pon nak masuk list.

Nenek dengan atuk aku pon.

Lagi sape yang na masuk eh??

Ha.......

Sape2 je la..

Haih..

Stone dan gudnite bebeh!!

Sunday, July 26, 2009

JUALAN MURAH DATANG LAGI...

Sedih lagi mengingatkan duit dalam wallet tinggal 10ringgit. Tapi aku tak kesah sangat pon. Bab duit nak beli makan kalau setakat makan roti kosong dengan air sejuk pon boleh telan la. Pikir nak guna buat beli besi lagi parah ni..

Mega Sale time2 semput ni memang buat aku menyampah gile. Rase nak terajang je tv 12 inci kalau ade iklan tu time aku tengah gelak2 tengok industan ke. Terus moral down.

Lepas iklan tu pulak ade iklan MLM ala2 skim sepat kaye.

"Syukur Alhamdulillah"

"Kami dah berjaya"

"Marilah join kita (patutnya letak KAMI lah bongak!)"

Hish. Minda orang nak kejar duit. Mekap tebal2 lagak si bini. Laki dia pulak pakai baju hitam dengan tie merah. Konon nampak elegan style orang2 sofisikated zaman sekarang. Biasa lah tu. (Padahal na kaver perut mancung kan?)..

Anoying betul (eh betol ke eja ni?tengah marah biasalah..)

Semuanya pasal duit.

"Sayo pon nok jadik JUTAWAN jugok"

Haram.

Strategi pemasaran. Biasalah tu..

KA CHING!!!

Siot!!!

TOUCHING LAGI!

Bila da lame tak balik rumah (walaupun balik sekejap masih tak cukup dan dianggap macam tak balik langsung) mula lah perasaan yang aku tak suka ni datang. Saje je nak bagi aku tacing lagi. TOUCHING LAGI!!.. Rindu nak balik rumah.. Sob3..=(

Gara2 sukan dan sukan lagi, aku menghabiskan cuti semester lepas bersama2 bola bulat berjalur kuning dan biru featuring putih (urggghhh tak tahan), net setinggi 2.4m dari paras bumi (tipu lagi!), kakak manis*, kakak2 yang cantik, papa panjang serta kanak2 hensem laen. Time ni best je, tak rindu sangat lagi.

Jangan kutuk bola tu,dia punya nama dan jiwa juga. Nama dia MIKASA jiwa dia MSI! Haha

Kakak manis, kakak2 cantek, papa panjang, serta kanak2 hensem laen.. Huhu


Sekarang ni dah masok sebulan lebih, jiwa gundah gulana nak balik rumah la weh!! Ma!!! Ambik orang kat sini....

Godek2 gamba lame, jumpa yang ni.

Lagi rindu!!!!

Kanak2 yang selalu dibuli dan buli balik! Ish..

Dia memang super duper hooligan cute!

Nama dia memang stoking dan sheldon sayang dia!!


Nak balik jumpa korang!!!!

Friday, July 24, 2009

HATI

Aku mahu dia....
Tolong..

Wednesday, July 22, 2009

HARAPAN TAPI..

Janji aku
Sampai ke mati

Tapi memang tak dapat lari
Tapi itu yang dirancang

Rancang itu semua dari kita
Yang Agung takdirkan

Tapi lagi yang diharapkan
Setia yang aku tabur ini selamanya kekal

Pasti kalau terusan yakin
Harap diseberang sana juga ada tekad

Tuesday, July 21, 2009

SI BUDAK GEMOK..

Baru bercadang nak diet(YERK!!sumpah tak pernah diet weh!!), tapi siang tadi da makan nasik+ayam goreng..
Malam pulak makan nasik goreng ayam..

Hadoi la..

Budak gemok ni..

Aku tahu aku memang gemok pon. Arai pon cakap aku gemok(kan Arai....). Aku tak kesah pon sebenarnya. Huhu..

Nah tengok budak gemok!!

Monday, July 20, 2009

MARAH NI!!!

Perkara2 yang kurang menyenangkan memang selalu berlaku. Tak payah mintak pon memang akan dapat. Manusia pula memang tak suka bab2 getir ni. Dalam ayat betolnya kita memang tak suka keadaan yang buat diri dapat susah.

Tapi keadaan yang kurang menyenangkan ni berbeza dengan keadaan mencabar. Aku tahu memang ada manusia yang suka dengan cabaran. Tu dah jadik lain cerita. Manusia yang tahap kesabarannya rendah macam aku ni memang susah nak cope with this situation. Huh..

Contohnya kondisi bila benda yang kau selalu nampak tu memang/selalu ada je depan mata. Memang time tu tak pernah nak appreciate pon. Hari2 tengok pandang sebelah mata je. Bila je nak guna dia hilang dari pandangan! Time ni aku cari dengan bersungguh2 pon kompem tak akan jumpa. Memang buat aku jadi marah sebab diri dah dapat susah!

Konklusinya dari petang tadi aku cari getah rambut aku yang kaler hitam tu. Kau maen sorok2 dengan aku ye #@$%*!!! Esok aku na guna, kau nak maen hide and seek lagi ye! Aku geram ni! Mesti kau tengah menyorok pastu gelak2 kat aku kan!!!!

Kau jahat!!!

Sebab tu la, mulai saat ni aku akan hargai setiap barang aku.

Ok, safety boots aku baru je hilang siang tadi jugak! Sial kepada pencuri tu!! Kasut tu akan gigit kaki kau nanti haram jadah!!

P/S: Aku sedang marah!!

Sunday, July 19, 2009

BEG BARU!!

Faezah! Sila jangan jeles sebab k.nida ade beg baru. Handmade lagi tuu..:-)

Ini kerja time bosan gila2 kat hostel. Hanya memerlukan 8ringgit. Huhu.. Nanti g kelas ada beg barula...................lalala~

Bahan2:
  1. 2 Sarung bantal yang kainnya tebal (aku beli kat The Store RM3.45 x 2helai)
  2. Jarum (pinjam dengan kawan aku!)
  3. Benang (pon pinjam..hahaha!)
  4. Butang (optional..ni aku da lame beli kat bundle)
  5. Kain perca na buat tali beg
Ni la rupa sarung bantal sebelum menjadi beg

Dan yang ni...

Dah siap! Takde depan belakang sebab both sides aku suke!

Dan yang ni...

Ni butang fevret aku.

Jahitan aku yang memang kemas. Korang tak payah puji..Haha..(kau memang masuk mesin basuh,basuh sendiri kunda!!)

Ni yang tak sabar na g kelas pakai beg baru ni..huhu


The end-

Friday, July 17, 2009

PENAT BERFIKIR!

If our brain was simple enough for us to understand it,we would be so stupid we wouldn't be able to understand it after all.. -kunda sheldon-

Wednesday, July 15, 2009

YET?

Banyak nak cerita..
Tapi..


I just can't put the things I wanna say in words yet.
Yet......

Tunggulah esok lusa eh..

Tuesday, July 14, 2009

CINTA HATI SAYA!

Cinta hati saya..
Kemarin..
Semalam..
Hari ni..
Esok..
Lusa..
Tulat..

Anak tulat..
Cucu tulat..
Cicik tulat..
Cuit-muit tulat..

Sampai bile2 la senang cite..
Saya cinta awak!

(klik imej untuk besorkan ye!)

Saturday, July 11, 2009

KANAK-KANAK COMEL ITU AKU!!;-)

Aku memang dah lame nak buat entri ni,tapi asik tak berkesempatan sebab aku rase kalau nak tulis yang ni memang panjang. Tapi biar la,tak kan setiap posting yang aku buat semuanya kena pendek2 kan? Time tengah baring2 ni, tetiba teringat kat sepupu sepapat aku, lepas tu mulalah teringat zaman kecik2. Ohh.....Indah wei!!

Zaman aku kecik2 dulu,tahun 90-an, aku selalu la juga pergi rumah sepupu aku. Sebenarnya sepupu aku duduk sekali dengan nenek dan atuk aku. Rumah diorang kat hujung kampung di Kuala Lipis. Dalam kampung tu pulak, kebanyakan penduduk semuanya adik beradik atuk aku. Gile hooligan orang tua tu. Atuk aku ni anak ke-2 dalam family die.Adik2 die belambak la kat situ.

Walaupun atuk aku tinggal di hujung kampung, tapi tu la yang paling best sekali. Rumah die besar. Ruang tamu die kalau setakat nak main polis sentri tu takde hal lah. Boleh lari macam kat padang. Aku dengan sepupu2 aku ni suka main kat kerusi antik die. Kau orang boleh bayang tak sofa2 mewah zaman dolu2 bukan macam yang jual dekat IKEA sekarang ni. Dulu orang buat sofa dengan sabut kelapa. Gile btol kan. Aku duduk sedap je, walaupun x selembut sofa sponge.

Sepupu aku yang rapat dengan aku ni beza umur dalam 2-3 tahun je. Diorang ni ada satu almari kecik yang memang sangat klasik. Kalau aku datang sana, mesti perkara pertama yang aku buat ialah menyelongkar almari kecik diorang ni. Almari sepupu aku yang lelaki tu memang penuh dengan barang dan tak kemas langsung. Lain pulak almari sepupu aku yang perempuan. Memang kemas. Dalam tu macam2 barang pelik aku jumpa. Time tu memang macam eksited la. Gile macam jakun woh..

Petang2 pergi mandi sungai. Kalau nak pergi mandi sungai kene turun bukit. Rumah atuk aku ni atas bukit. Bila dah penat mandi nak balik ke rumah bapak la segala letih weh. Bukit tu kena daki macam gunung everest je. Putus urat kentut aku. Pastu pekena nasik dengan gulai tempoyak ikan sungai. Perghhh... Makan ramai2. Lagi la lahap macam pelarian baru jumpa makanan. Ohh!! Lupa na bagi tahu kat rumah atuk aku ni kat dapur dia ada lagi dapur arang. Malam2 kalau hujan ke atuk aku duduk kat situ panaskan badan. Klasik kan. Kalau masak gulai ke memang sedap la. Huh!! Kecur ingat masakan mak long aku. Teh die terbaik la!!

Malam2 tidur ramai2 dekat ruang tamu. Sebelum tidur wajib tengok tb pastu berebut controller. Datang atuk aku ambik controller tu, pastu tutup tb. Semua tak boleh buat ape la sebab orang tua tu memang garang weh. Time tidur tak boleh buat bising like cerita nak buat apa esok ataupun siang tadi siapa paling laju naik bukit balik dari mandi sungai atau adik aku tercekik tulang ikan. Kalau bising nanti kena marah dengan atuk aku. Bilik die dekat je dengan ruang tamu. Biasa la rumah papan. Bisik2 pon boleh dengar kan(metafora melampau2)..

Saat nak balik rumah sendiri memang nenek aku akan penuhkan bonet kereta dengan segala bagai sayur dan buahan yang dia tanam sendiri. Nenek aku ni pernah meniaga/jual sayur dan buahan yang dia tanam. Dari nangka,cempedak,pisang,ciku,limau,terung,lada,timun sampailah ke jantung pisang wei dia bagi. Nenek aku memang best!!

Balik ke rumah,dalam poket aku mesti ada something yang aku kidnap. Kad comel2 tu hilang sebab aku yang ambik. Sorry!! ;)

Sekarang dah besar2 (ayat klise selain dari nak kate dah tua), jarang balik kampung. Semua dah jadik kenangan yang sangat best macam kami makan buah koko zaman kecik. Pastu tercekik biji koko!! Haha. Kalau boleh putar masa aku na ke zaman kanak2. Kanak2 sekarang hidup tak mencabar langsung duduk depan tb mengadap ben10. Tak pun dah pandai main facebook. WTF kan?

KALAU..

Kalau kau ada di saat ini..
Kalau kau di depan aku..
Aku mahu peluk kau..

Aku rindu..
Kalaulah kau ada di depan aku......

TADI...

Aku nampak 2 ekor kura2 merangkak dengan laju di lebuh raya..
Cantik..
Satu bewarna kuning..
Yang satu lagi merah..

Tiba2 datang pula seekor kuda..
Aku anggap kuda tu xsemegah mana walaupun laju..
Sebab dia kaler biru..

Lalu bas yang aku naik menyusur di lorong kiri dengan kelajuan 80km/j..
Cam haram je..
Bawak la laju sikit macam binatang2 cun tu!!!

Monday, July 6, 2009

MEDAL!!

Muka hitam.
Bibir kena ciom dengan nyamuk.
Kulit tangan dah mengelupas.
Rambut dah banyak gugur.
Lutut lebam sana sini.
Urat hijau kebiruan penuh di kaki..

Ini semua bukan jenis penyakit..
Ini adalah pengorbanan untuk mendapatkan pingat gangsa.

Tunggulah tahun depan pingat emas tu pasti aku yang punya....

Tuesday, June 16, 2009

PREEMANIDAPARIA SIAPA??

Bila mana aku dah bertukar kaler dari kuning langsat menjadi sawooooo matang(eh silap sebenarnya da bertukar jadik HITAM DAN LEGAM),maka otak secara spontan nak cakap hindu je. Biasa la tu kan legam dan hindu kan sinonim. Haha..

Maka,nama aku pun dah pertukar jadik hindu ala2 hindustan. Sekarang tak jadi KUNDA SHELDON dah. Sekarang dah jadik PREEMANIDAPARIA. Haha..

U can call me NIDA or PREEMA. Hahahahahah.....

Series da legam ni oh...

Friday, June 12, 2009

SIRI MIMPI

Aku nak berangkat ke jerman.
Siap bawak bag pack 14kg.
Pakai kasot konvers kale merah..
Tunggu somebody kat KLIA..

Nida..nida..
bangun sembahyang subuh..
Cic!!
Aku mimpi jeh..

Sakit hati sebab tak sempat fly..
haih...

Wednesday, June 10, 2009

HEADSTONE N HEARTSTONE

Jiwa kacau,hati gusar..Tapi muka buat2 macam hooligan je la..
Ntah...

Sunday, June 7, 2009

BLOODY HELLLL!

Budak kecik: Sakit hati betul tidur semalam.

Budak tinggi: Kenapanye?

Budak kecik: Banyak nyamuk oh. Sucks my blood dari cuping telinga sampai hujung jari beb. panas je.

Budak tinggi: Kenape ko tak tampar je nyamuk tu?

Budak kecik: Mane sempat beb. Dia lari.

Budak tinngi: Bukan ke nyamuk terbang weh?

Blurrr.......

Thursday, June 4, 2009

AKU DAN KISAH TUA

Hari ni aku asik teringat cerita2 lama la.. Nostalgia..

Aku telefon kak kiah (nama dirahsiakan) aku lepas tu.

Dia cakap kalau aku asik teringat cerita lama2 @ nostalgia, tu tandanya aku dah tua.

Ceis.. Sakit ati aku cakap ngan kau yang sememangnya lagi tua dari aku!!

BULAN MAY DAN GIFT

Bulan may dan gifts omg...
Walaupun da masuk bulan jun,aku na gtaw jugak ape aku da dapat sepanjang bulan lepas..
Aku dapat macam2 oh..
Nah cuci mata..


Yang ni pulak daripada ayong. Tenkiu jugak..


Ni nak tunjuk baju yang kale ke-Pink2-an.. Ade bunga2. Cun ah.. Suka gile2. Mak mertua ku yang bagi.. Abaikan kepala yang berbalut dengan ala2 kain batik tu.. Tapi tu sebenarnya skaf okeh.

Ni beg daripada mak mertua aku jugak.. Suke bangat!! T. kasih lagi!

"Name" beg ni bunga. Dan aku memang panggil dia bunga. Kiut ah kan?? hehe.. Gambar tak clear sebab aku xde dslr na zoom lawa2...


Purse ni pon mak mertua bagi.. hehe.. Happy!!=)


The latest. Kredit to Saiful Amri..

Terima kasih kepada semua dan aku simpan ni elok2..hehe..

APE?

oooiiittt!!!!!!

Tuesday, May 19, 2009

MAYA SAYANG

Tunggulah sekejap..
2 bulan nanti aku akan kembali..
sesi merehatkan otak berlangsung dengan jayanya..
aku menjadi babysitter dan chef yang terhebat..
aku sudah habiskan bloodline dan the stars shine down..
ada sesiapa mahu mendermakan novel???
sila hubungi 013-5042723..(gila despret ngat oh!!)

nanti..
aku pulang juga wahai maya..
sabar ya!

Thursday, May 7, 2009

BILA TOM MORELLO DATANG CARIK AKU..

Oh rumah aku berlagu memanggil aku pulang macam Tom Morello memetik gitarnya.Tangan kematu aku pon cepat-cepat kemas barang dan semakin berkematu sebab barang banyak sangat. Tom Morello cakap tak mengapa, no pain no gain. Sebab jari2 dia pon berkematu tak pakai sisik paus time petik gitar.

Tom Morello pesan lagi suruh aku jangan tinggalkan barang penting kat hostel. Macam dia, tak pernah tinggalkan gitar merah hitam, kuning labu itu. Kalau tak macam mana dia nak berkonsert ni The Nightwatchman kan? Best oh...

Tu je Tom Morello sempat pesan kat aku sebelum aku balik rumah. Sebab dia tahu aku selalu tertinggal novel Sidney Sheldon dalam bagasi kat hostel. Bila sampai kat rumah mula bosan tahap karma.

Tom Morello cakap selamat pulang ke rumah.

Babai!!!

ADOH!!

Azraai.. Kamu itu sentiasa buat aku kerinduan.

Wednesday, May 6, 2009

MAGNETIC FLUX

Studi dalam keadaan yang sangat tidak tenteram.. Argghhhh!!

It still feels like our first night together
Feels like the first kiss and
It's gettin' better baby
No one can better this
I'm still hold on and you're still the one
The first time our eyes met it's the same feelin' I get
Only feels much stronger and I wanna love ya longer
You still turn the fire on

So If you're feelin' lonely.. don't
You're the only one I'd ever want
I only wanna make it good
So if I love ya a little more than I should

Please forgive me I know not what I do
Please forgive me I can't stop lovin' you
Don't deny me

This pain I'm going through
Please forgive me
If I need ya like I do
Please believe me
Every word I say is true
Please forgive me I can't stop loving you

Still feels like our best times are together
Feels like the first touch
We're still gettin' closer baby
Can't get close enough I'm still holdin' on
You're still number one I remember the smell of your skin
I remember everything
I remember all your moves
I remember you
I remember the nights ya know I still do

So If you're feelin' lonely.. don't
You're the only one I'd ever want
I only wanna make it good
So if I love ya a little more than I should

Please forgive me I know not what I do
Please forgive me I can't stop lovin' you
Don't deny me

This pain I'm going through
Please forgive me
If I need ya like I do
Please believe me
Every word I say is true
Please forgive me I can't stop loving you

One thing I'm sure of
Is the way we make love
And the one thing I depend on
Is for us to stay strong
With every word and every breath I'm prayin'
That's why I'm sayin'...


Yeah2!!

We're in the same boat.

Tapi kau pakai boots.

Aku nak tumpang jugak.

Mesti sakit kan.

Tak mahu la..

Tuesday, May 5, 2009

??

Arhhhhhhhh.....

Dan...


Arrrrrrrrrrrggghhhhhhhhhhhh lagi..

Monday, May 4, 2009

KEPADA AWAK!

Awak, kalau awak rasa saya merajuk itu bukan bermakna saya bosan dengan awak. Memang perempuan suka kena pujok.

Awak, kalau saya tak telefon atau sms awak, bukan bermakna saya mahu jauhkan diri dari awak. Mungkin saya sedikit sibuk dengan hal pelajaran dan kawan2 saya. Mereka juga hidup saya. Sama pentingnya dengan awak.

Awak, kalau saya saya cakap saya tak nak itu bermakna saya tak nak. Walaupun saya jenis mudah mengalah tapi kadang-kadang tak salah kalau awak menangkan saya, kan?

Awak, kalau saya ada buat awak risau sebab saya selalu gurau nak tinggalkan awak, maaf ya. Gurau je. Tapi terus-terang saya katakan, saya sayang awak seorang dan tak kan tinggalkan awak sampai bila2.

Awak, kalau saya buat muka bila keluar dengan awak, tak bermaksud saya bosan dan marah. Saya cuma tak mahu masa tu berlalu. Kalau boleh saya mahu dengan kamu setiap masa.

Awak.. Ni nota maaf saya taw. Saya sayang awak.



P/S: Tunggu sikit masa lagi kamu akan tersenyum...=)

PUTIH

Aku sudah putih..

Maknanya, pulih?

Belom..

Belum pulih lagi..

BALDI DAN HEL

Sepatutnya aku stadi sekarang.
Tapi internet ni tak bagi.

Oh baldi hel baldi hel oh....

ENTRI SERIUS

You are..
So comforting,
So lovely..
Will we still be this way tomorrow?
Next month?
Next year?

Three more years?

Happy birthday love.
I love you...


P/S:Entri ini sangat serius.

Sunday, May 3, 2009

PINKY DINKY DOO BEST.

Hati rosak teruk ni.

Adehhh....

Guane nak alter hati ni? Tolong belikan iodin dengan plaster. Kalau nak belanja bandage pon ok. Boleh la aku balut kemas-kemas.

Aku ade 4 subjek to go. Oh banyak. Lepas tu aku nak buat pengumuman aku TAK JADI KE PERHENTIAN!! Sesiapa ada nak bawak aku pergi ke sana?

Tolong..

Aku nak pulihkan jiwa sekejap. Sekejap sahaja. Nak dengar ombak marah aku. Pokok-pokok kelapa pukul aku. Buih-buih putih bersih tampar pipi aku. Mereka akan sedarkan aku mungkin.

Tak sabar nak balik peluk nenek aku oh. Jumpa Si Muhammad yang sangat buas.

Dan kartoon pinky dinky doo comel dan best.

Adehhhhh...

Aku sakit.

NANTILAH

aku tunggu sampai hujung
aku tetap mahu yang itu

nantilah

aku dapatkan semula...

EKSIDENT DAN THE STORE

On the way nak keluar merewang tadi ade eksiden. Aku cuak. Tak mahu mati lagi. Permainan russian roulette tu je boleh bunuh aku, buat masa sekarang. Mungkin bom jangka masa juga boleh.

Aku sampai di The Store dengan muka takot gabra dan terpinga-pinga. Tunggu lepak dalam tu cari jalan buang takot hitam itu. Dan aku jumpa......


Aku suka ni. Vintage kot? Abah aku dulu pon ade. Anak dia should have one. RM25.47


Yang ni grey. Dah murah aku rembat. RM25.77. Tak ke murah weh?


Ni Dear yang punya. Oh! Aku sayang dear. RM25.44.

Total dia kira la sendiri.

Balik bilik makan me sup dan roti telur.

Perot seperti sudah jadik bom jangka masa yang bila2 masa saja akan meletup.

Proooottt!! Terkentut!

Busuk banga!!!!

Saturday, May 2, 2009

HILANG


Nama pertama dia ialah SOUL!

Kemuadian dia jadi LOST...

Lepas tu dia buat saya tertanya-tanya...

Saya rasa seperti sedang ber"Russian Roulette"...

Saya sedang taking risk...

Kejap lagi mungkin saya mati, mungkin juga saya hidup...

Tolong buang bullet itu...

Bang!!!

(Saya mati akhirnya)..

SAYA TAK TIPU!




P/S: Kari jari zombie sedap kan?

HANCUR

keping hati itu bukan aku yang punya lagi
keping hati itu sudah menjauh

aku harap ada puing puing kalimat aku di satu sudut
mungkin ruang paling terpencil dan gelap

aku masih utuh bersama pesan tawa hati itu
pulang semula wahai hati kecil

dan aku pasti akan melangkah
untuk ku jejak esok mendatang dengan asa

Friday, May 1, 2009

HARI CUTI

Kalau aku menulis pastu takde tanda baca macam ni kau orang boleh baca ke tak aku hari ni bercuti sempena hari perkerja walaupun aku tak bekerja secara tetap kerja aku sekarang tidur makan dan tunggu gaji sebayak 5oo++ setiap bulan

Macam hell je kan kalau baca tiada tanda baca. Macam tu juga kalau pekerja tanpa hari cuti untuk meraikan jasa2 mereka.

Terima kasih abang polis sebab kauorang memang tak pernah amik tahu sangat mat rempit kat padang kota tu macam shial.

Dan terima kasih kepada semua pekerja.

Selamat bercuti dan DRIVE SAFE!

FTW!!!

Thursday, April 30, 2009

RASA ITU SEBENARNYA TAWAR

Rasa yang boleh aku luahkan disini adalah tawar. Hambar. Aku perlu pemanis untuk memaniskan jiwa. Aku tak mahu gula-gula ataupun coklat mahal.

Arghhh...

MU menang kan semalam?:)

Wednesday, April 29, 2009

OMONG KOSONG

hari aku tanpa khabar darinya
mungkin dia bosan
emosi aku tidak menentu
aku pikir dia dipresi

aku mahu biarkan hari-hari lain begini
biar bosan jemu dia menawar
gelora jiwa dia perlu penyembuh
jiwa aku perlu detik untuk pulih

masa, lalukan semua ini segera
aku mahu waktu riang dulu kembali

AN APPLE A DAY KEEPS THE DOCTOR AWAY


Lagi 4 nak kena habiskan!

Tuesday, April 28, 2009

I SIT AND WONDER LAGI #PART 2#

Zaman aku kecil2 dulu,aku adalah insan yang tinggi di antara kawan2 aku yang laen. Dan ianya kekal sampai sekarang. Aku hairan kenapa isu aku tinggi dan besar menjadi bahan pelik budak2, makcik2 kantin, pakcik2 meniaga ayam kat pasar dan orang2 berkenaan laen. Kau tak pernah tengok mamat atau minah saleh yang main volley ball atau basket ball ke? Diorang pon tinggi.

Manusia2 kat Malaysia ni aku rasa akan menjadi jakun dan akan bertanya2 jika melihat sesuatu yang dorang jarang lihat. Lepas tu boleh pulak buat buat muka pelik sampai dahi berkerut2 dan dagu tejongket2. Oh! Kau pelik sangat ke tengok aku tinggi dan besar? Sebok tanya 'ang ni ikot abah ka mak ang yang tinggi sangat ni haih?'...

Sebok lah kau manusia. Aku jawab ikot tokki ang kang baru taw.

Aku rasa aku dilahirkan besar dan tinggi adalah sangat best. Antara best2 aku rasa adalah:

i. Aku boleh ambil barang ditempat yang tinggi dan tak boleh dicapai oleh insan yang kurang inci. Dan aku juga semestinya boleh mengambil benda di tempat yang rendah..

ii. Aku orang yang besar dan tinggi yang tidak sia2. Tinggi aku pon boleh bersukan. Aku main bola tampar. Kalau kau na suruh aku jogging 2km tu no hal lah. Lari pecut pon aku boleh bai. Kau ingat orang kurus2 dan kecik je ke boleh lari laju.

iii. Aku boleh angkat barang yang berat seperti berat badan aku yang berkilo2 beratnya. Orang kecik mungkin memerlukan bantuan orang seperti aku kan?? Haha..

iv. Aku dilahirkan besar dan tinggi juga mungkin aku ada kelebihan nak gantung bunga2 orkid mak aku kat pondok orkid bertingkat dia. Pondok tu tinggi la jugak.

v. Aku juga dilahirkan besar dan tinggi mungkin untuk membuli balik manusia2 kejam yang buli adik2 aku. Kalau kau nak rasa penampar dan tumbukan padu aku kau boleh kacau adik2 aku. Kawan aku pernah kena tikam dengan pensel 2b sebab dia pecahkan botol air aku. Aku memang kejam.

vi. Aku besar dan tinggi dan berkelebihan duduk di passanger seat kat depan (sebelah driver). Yela kan, seat kat depan tu spacious sket untuk kelegaan kaki aku yang panjang ni kan. Orang laen mesti consider dengan alasan aku ni.. Haha..

vii. Aku dilantik menjadi ketua penolong pengawas sebab faktor luaran aku. Haha. Yang ni aku memang pasti sebab waktu aku di tingkatan 4 aku memang bermuka garang dan aku ikot rules sekolah tu. Disebabkan faktor tu, aku jadik penolong pengawas yang hampeh.

viii. Aku mungkin dilahirkan besar dan tinggi untuk merasa kepuasan dunia (gile tak de kaitan kan).. Biarlah. Aku sekarang sangat gembira dengan aku.

Kau nak jadik tinggi dan besar sila makan sup kepala naga macam aku. Banyak kelebihan okeng.

Monday, April 27, 2009

MONEY IS SUPER DUPER KING

Hari ni aku dapat duit.
Aku rasa seperti KING sekejap.



OhSoRandom...Cash cool king kan??

DARAH

Kau tak layak terima darah aku
Dan kau tak layak merasa darah aku
Kerana kau dan kau dan kau adalah orang yang tidak tayak
Langsung walau sekelumit

Kau patut merasa darah aku sedang jeret perih
Tapi mata dan perasaan kau buta
Kau tak sedar aku sedang berdarah
Aku pedih aku sakit

Kau memang bukan dilahirkan dengan darah
Darah kau batu
Mungkin juga angin
Sebab itulah kau tidak berperasaan seperti manusia yang berdarah merah


P/S: Aku akan berdarah teruk seminggu lagi barangkali.. Hahaha

Sunday, April 26, 2009

PRIVATE NUMBER? WOTTERFAK!

Pernah dapat panggilan dari private number? Aku baru lepas menerima panggilan private number. Ramai orang guna private number ni termasuklah syarikat dari sebesar gergasi sehinggalah sebesar segulung tikar (syarikat yang hampir gulung tikar), badan2 korporat, orang2 BESAR, malahan PELAJAR. WTH pelajar na guna PRIVATE NUMBER kan?

Betol2 memusykilkan.

Private number? Aku tahu mungkin pengguna private number ni terlebih secure. Aku pun tidak paham kenapa student perlu menggunakan p.n. Sedangkan lecturer aku semua pakai nombor tanpa privasi. Baranagkali pelajar ini merasakn dirinya terlalu femes like wottrfak ko tak femes langsong weh!

Boleh jadi juga pelajar ni berkelakuan pelik ataupun dia tidak mahu hidupnya diganggu. Kau kena sedar diri, orang poyo macam kau tiada siapa nak kacau life kau. hgdyasfd. Aku pelik ni manusia. Kauorang kene paham situasi aku.

Hakikat laen manusia bergelar pelajar ini menggunakan p.n yang terlintas dalam kepala hotak aku ini juga ialah (ayat time form 5 selalu ada IALAH) dia berpikiran dia macho dan stylo, dan juga bajet orang KAYA! Oh typical! Mungkin aku ni kodi sebab hal ni dibesar-besarkan. Tapi pelajar ini patut sedar kau tak femes dan tak macho langsong kalau guna p.n okeng!

OhSoRandom kan manusia?

P/S: Maybe i have to look up for that too. Kan? Haha

AKU

Jangan kau tambah kemarakan api dengan minyak.
Bahaya..
Aku sekarang perempuan cekal. Take note!

Saturday, April 25, 2009

MARI BELAJAR!

"Study without desire spoils the memory, and it retains nothing that it takes in."

-Leonardo da Vinci-

Kunda tengah pulun stadi Quality Control. Hoi!! Tengok la Puan Kemre nih!!


Owh!! Baeklah Puan Kemre. Aku tengoh nih!


Terima kaseh Puan Kemre!! Sudah! Pergi anda maen jaoh2..


Dah la Puan Kemre.. Aku malu! Aku nak stadi ni Puan!


Giler la.. Isnin ni sudah final?? Apa kejadahnya?

KADANG2 JADIK LOOOSER TU KIUT KOT?

Kauorang pernah tak dipanggil loser ataupun terpikir jadi loser? Aku kadang2 terpikir aku loser. Tapi kadang2 je okeh! Time tu kalau kawan aku yang cakap aku loser memang aku sikit angin dan aku akan back up diri la weh.

Kalau aku bersituasi seorang diri dalam bilik aku rase aku juga loser walaupun duduk sorang2 dalam bilik tu sebenarnye kool. Time sorang2 dalam bilik tu aku macam kutu kene spray dengan Baygon. Huh!! Memang aku akan mati seperti kutu. Bosan.... Dan time tu aku adalah loser SEKEJAP.

Tapi ade jugak situasi yang membayangkan seseorang yang loser tu kiut dan kool juga. Contohnya bila kawan loser dan loser sedang bercakap2 pasal sesuatu isu semasa. Loser tu sudah tentunya tak mengikuti perkembangan semasa sebab dia loser kan. Bila kawan loser tu sedang membebel macam2 like hhfjsdgfyaegfyqgfc dhgjsgdksdakfhjks jhdsgdsk hjdsg, si loser angguk dan terkebil-kebil. Kadang2 dia angguk2 kepala. Kawan loser tu agaknya kurang pasti dia sedang bercakap dengan loser dan keep bla bla bla. Time ni kauorang patot rase loser tu kiut sebab dia sedang terkebil2 dan angguk2 macam kanak2 kecik tengok Nona. Haih! Goddam..

Kredit to looooser2 sekalian.

TATTO?


Perkhidmatan tatto fake secara percuma.
Untuk urusan sila ke bilik @)% ok..
Ye.. Aku conteng guna Pilot 0.7 je..

Friday, April 24, 2009

JATUH MERUDUM!

Laporan Bursa IQ Kunda

Oh!! Saya rasa IQ saya pada petang ini ditutup rendah pada kadar -87.0003. Wuttef***

Kenapa berlaku.

Mendatangkan kemusykilan.


Warghhhhh!!! Macam na makan sup kepala naga!

CINTA PERIBADI

Datang menyapa riang
Jauh berlagu sepi
Dekat membuah rasa
Pendam lara kala merantau

Dalam terdekat ini aku simpan kamu
Di antara malam hanyut kamu dek mimpi
Kerana semoga itu lelap kau didatangi aku
Dan betapa aku menyimpan harap

Kendong hati ini bersama kamu selamanya
Arakian rusuh hati kecilku..

Thursday, April 23, 2009

AKU MENANG!!

Hari ni aku maen bola tampar dan aku menang lagi!! Hahaha..

Friendly je pon. Tapi aku bangga jugak lepas 2 bulan tak turun maen.

Kitorang yang hebat!!Tepok la siket wei manusia!!

Wednesday, April 22, 2009

Perhentian!!
Tunggu aku!!


Nemo!! Aku nak pergi tangkap kau nanti!!
Squidward!! Aku na buat kau jadik bbq cicah sos lada hitam..
Mr. Crab!! Aku nak patah-patahkan kaki kau yang gebu tu sebab xnak bagi kau kaut duit kaum kerabat Bikini Bottom lagi.
Patrick!! Aku na kutip kau letak kat dinding rumah aku..
Spongebob!! Kau layak jadik scrub untuk kaki aku selepas aku berendam di lautan..


Tunggu aku wahai alam Perhentian!!

Tuesday, April 21, 2009

RUMAH OH RUMAH

Kawan aku baru hantar pesanan ringkas. Katanya dia hendak membeli sebuah rumah baru di ibu kota. Tiada apa-apa yang pelik. Semua orang memiliki keinginan untuk memiliki rumah impian.

Dia membuat survey hampir keseluruhan ibu kota. Susah katanya mencari rumah dikawasan kota metropolitan itu.

Tetapi yang aku teruja dan membuatkan otak aku bekerja keras memikirkan perbualan aku dan kawan aku tersebut ialah harga seunit rumah berukuran 500sqft ialah Rm300ribu. Kau tahu 500sqft tu besar tandas kat rumah aku je? Kejam betol pemaju yang menetapkan harga sampai sedemikian rupa.

Aku kelu. 300ribu tu mungkin boleh dilaburkan untuk membina sebuah banglo 2 setengah tingkat jika di kampung aku.



Fikirlah sebelum membeli rumah.

P/S: Kalau harga kondo kat gurney drive tu brape eh agak2 satu unit? 3juta tak?