Tuesday, March 31, 2009

AKU TAKOT PANTAI??


Ye...aku takot dengan ciptaan tuhan yang sangat cantik ini..

Aku pun tidak paham mengapa...

Mungkin aku tidak dilahirkan untuk selalu berkunjung ke pantai menikmati angin sepoi- sepoi yang membuatkan anda kelihatan seksi walaupun berseluar pendek bunga-bunga dan thirt kuning roxy..
Mungkin aku tidak dilahirkan untuk bersantai dipantai dan menginap di chalet2 yang ratusan ringgit untuk hanya satu malam..
Mungkin aku tidak dilahirkan untuk ke pantai dan membuat istana pasir mahupun dikambusi badan di dalam pasir halus lagi putih..
Mungkin aku tidak dilahirkan untuk ke pantai bersukaria bermain dalam air yang masin sambil mencuci mata..

Mungkin juga aku tidak dilahirkan untuk ke pantai berbulan madu bersama orang tercinta..(BUANG DUIT UNTUK KE BALI...sangat rugi..)

Hahaha... Sangat beruntung,dan duit tu aku akan laburkan untuk EURO TRIP..


P/S(pesanansuare!!):Aku tidak takut untuk ke PANTAI DALAM mahupun PANTAI TIMUR(nama shopping mall kat Klantan)...

Monday, March 30, 2009

SAKIT??

Perut aku kebas dan cramp..(betul ni)
Hidung aku berair..
Mata aku pedih macam kena sembur dengan serbuk cili..


Aku sakit ke??

Sunday, March 29, 2009

WUT A PERFECT WEEKEND FOR A LAZY ME...

Weekend aku selalunye bermula dari hari Jumaat.. Sebab aku memang dah takde kelas atau sebarang aktiviti menimba ilmu secara formal bersama pensyarah2 aku... Jadi aku iytiharkanlah weekend aku bermula setiap hari Jumaat...

Jumaat lepas,aku habiskan masa berharga aku dengan qada' tidur..Haha... Pastu bangun makan dan tidur balik.. Aktiviti malam berjaga dan on9.. Wut a perfect.......

Sabtu pulak qada' tidur untuk malam sebelumnya yang tah tidur pukul bape tah.. Sedar2 dah pukul 12 ngahari.. Wut a perfect...... Petang tu lam pukul 5 lebih keluar ke Kulim ambik duit kat bank.. Tekejot duit aku de 8rat ++.. Whahaha... Kaye kejap.. Pastu pokai balik beramai2.. Terus pergi ke Taman Selasih beli barang2 nak buat mee kari.. Amoi cine jage rempah kat Market Minat tu cam @#$%@&* je.. Aku na beli sikit je rempah tu,bukan na pakai untuk masak gulai kawah weh... Malam tu kenduri mee kari yang sangat sedap dan makan dalam gelap..(kitorang kan semangat waja save the earth!!).. Aku punye xsedar tutup lampu sampai pukul 10..Haha..



Hari Ahad aku paling best..Wut a perfet...... Bangun pukul 12.45 ngahari.. Haha..Mak mertua aku mesti sigh*..... Sori mum!!Pastu makan pastu baca novel.. Petang aku da xleh tidur sangat, oversleep da ni. Bace novel cam na muntah.. Pastu kawan aku ofer kek..Warhhh...SECRET RECIPE uuuu...Fifi ofer bli makanan kat pasar malam.. Kepok lekor sriggit wei.. Xsempat ambik gambor kepok tu da abeh..Wut a perfect.........





Kesimpulannya,minggu ni memang aku bermalasan tahap karma... Ke ade lagi orang yang bermalasan terok dari aku???

I HAVE BEEN TAGGED..........

Tag from Nabila..

1. How old are you?

Not too old to be mention here....warhhh!!


2. Are you single?
Aku tak bersuami lagi..single la kot..


3. At what age do you think you’ll get married?
Lagi awal lagi bagus kan sayang...Hahaha


4. Do you think you’ll marrying the person you are with now?
Eh mestilah... Takkan aku na kawen ngan Datok K kot??? Dia da kerepot la!!!


5. If not, who do you want to marry?
Huge Jackman sebab die HUGE macam aku..Huahuahua...


6. Who will be your bridesmaid & bestman?
Aku harap peremouan dan jejaka yang TINGGI cam aku..


7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
Aku na kawen kat dalam rumah je...Xde pelamin..


8. Where do you plan to go on honeymoon?
Trinidad n Tobago...Mesti saving...hahah


9. How many guests do you think you’ll invite?
Ntah...
ko rase na datang,datang la...aku da ajak ni..


10. Will that include your exes?
Ape ni???


11. How many layers of cake do you want?
Aku na APOLLO LAYER CAKE je buleh???


12. When do you want to get married, morning or evening?
Tunggu bakal laki aku suggest..Sayang??


13. Name the song/tune you’d like to play at your wedding?
Nananananaananalalalalal~


14. Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
Ntah...Aku kan jenis MINAH SALEH CELUP yang xboleh pkai tangan..
Aku kne gune eating utensile..hahah..
kerek siak!!!



15. Champagne or red wine?
Ohhh...Aku orang ISLAM ohhh...


16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
Tunggu de duet!!

17. Money or household items?
Aku na bli RUMAH NGAN KETE BESAR!!!hahah..


18. How many kids would you like to have?
6...cukup kan sayang??hahaha


19. Will you record your honeymoon in DVD/CD
Ntah la..


20. Whose wedding plan would you like to know next?
Donnow la..

Saturday, March 28, 2009

AKU NAK YANG NI!!!



Phewwww......Ade sape-sape sudi nak bagi aku mini laptop ni???

Hasil idea VIVIENNE TAM, seorang fashion designer yang sungguh menawan ni dikeluarkan oleh syarikat HP.. Kira cam diorang ni berkolaborasi la kan...Lawa kan sayang??(aku bodek camni pon xde orang na bagi ke??)........sob2*..

Skali tengok cam clutch bag dengan corak peony ni lau bawak g jalan ke,shoping ke mesti orang tengok kau orang dua kali kan.. Wow!! Cantiknya!! Biarkan perempuan2 laen tengok anda dengan jeles!!(kalau aku tengok pon mesti jeles kuase 24!!)Kalau para jejaka nak guna pon boleh jugek..Hahaha..

Untuk dapatkan maklumat lanjut,googling la sendiri..

Tapi ada lagi satu benda/item yang buat aku kepingin..


Name benda ni PLEO.. Robot dinosour ni macam ada perasaan. Kalau kite belai dia,dia akan jadi manja. So seseuai la untuk orang allergic dengan segala jenis bulu sebab binatang palsu ni tak de bulu.

Xdapat laptop kat atas tu dapat PLEO ni pon jadik la.. Ada sape2 nak taja aku??haha

P/S(playstation): sesuai untuk dijadikan teman tidur sebab PLEO tidak akan mengganas seperti Comot atau Blackie anda yang akan mencakar pipi mahupun dahi anda.. sekian..

Friday, March 27, 2009

PENERIMAAN KATA-KATA "KESAT" OLEH MINDA AKU

Bunyinya mungkin pelik kedengaran. Tapi jauh disudut hati aku perkataan KESAT disini membawa erti yang terlalu negatif (mencarut @#%Y@$). Dunia blog maya yang aku jelajahi hanyalah sebesar zarah,tetapi impak kepada penerimaan input aku sangatlah luas dan terbuka dari pelbagai aspek. Pelbagai entri telah aku baca dan penerimaan kata-kata kesat setiap entri aku ikuti dengan pemikiran positif.

Kenapa?? Kerana para blogger bukanlah mengutuk dan terusan menghentam manusia yang mereka anggap mengganggu hidup atau rutin harian mereka.(Ya,aku paham..mereka menghentam manusia yang kurang disenangi dengan cara yang palik halus, maya tetapi sungguh sinis). Penerimaan kata-kata kesat ini kadangkala mematangkan aku,tapi aku ni bukanlah jenis yang mudah absorb dengan segala sindiran tersebut. Aku tidak paham barangkali??haha

Mungkin meraka tidak ingin aku atau sesiapa yang akan terasa tempiasan tulisan rambang yang keluar dari minda dan terus turun kejari lalu dititipkan terus ke papan kekunci dan terbitlah ke dalam dunia virtual. Mungkin juga mereka seperti guru yang mengajar secara tidak berhadapan dengan pelajarnya. Sebetulnya mereka ada hak untuk menulis apa sahaja kan?? Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya....

Barangkali mereka menulis atas keperluan diri sendiri. Mereka hidup dengan teori ciptaan minda sendiri. Ego mereka kita perlu pertimbangkan...Haih...Kalau itu definasinya pentingkan diri sendiri, terima kasih. Sekarang aku sudah mengerti apa itu maksud pentingkan diri sendiri. Kalau begitulah secara halusnya menjadi pengajaran KESAT berguna kepada diri aku, maka aku terima. Biarlah. Apa yang penting, aku gembira dengan hidup dan diri sendiri.

Dan..... Aku harus paham dan menerima segala pengajaran KESAT ini walaupun, gedebuk!!aku cam kene tempiasan entri sinis lagi!!!

Tengok..aku baru je tulis..

Aku kan minah cepat melatah..

Haih..hjdlvsfgfudflhjsdhugdvbcsk..........phuhhhhhhhh!!!!


P/S(pesanansuara): Basuh baju kaler putih memang meguji minda..Boleh keluar kata2 KESAT..

Wednesday, March 25, 2009

FRISBEE DAN SAKIT KAKI

Petang tadi maen permainan baru bagi aku..Frisbee..Bukan binatang haram je boleh maen permainan tak haram ni...Manusia pon boleh..Kawan aku dah pergi tournament da pon..Menang pulak tu..Terer kan diorang maen...

Aku tak berapa paham lagi cara permainan ni..Tapi dari pandangan aku yang tah pape ni permainan ni macam football pon ade gak...Tapi xde ar hentam-hentam gitu kan..

Kalau korang berminat nak maen permainan ni aku nasihatkan maen kat padang yang tak berlekuk-lekuk kerana akan menyebabkan sendi-sendi dan tulang kaki anda sakit...Aku cakap berdasarkan pengalaman maen petang tadi..Sayangilah kaki anda..haha..Memang sakit weh...

Permainan petang tadi memang agak best diserikan dengan hujan renyai- renyai dan angin yang sepoi-sepoi takde bahasa..Tangkap disc frisbee tu pon da lintang pukang bagai macam..haha..Best kan tangkap disc tu dengan penuh bergaya??!haha

KAWAN AKU CAKAP.....

Beberapa jenis makanan malaysia yang datangnya dari OVERSEAS....
1. MI BANDUNG @ segala jenis mee,mehun dan kuey tiaw....
2. MI JAWA (sepupu jauh me bandung)
3. MIHUN GORENG SINGAPORE
4. NASIK GORENG AMERIKA

Kalau buah limau bali tu pun dari seberang jugak ke ha??
Walaupun nama makanan tersebut berakhir dengan nama negara luar @ seberang laut...tapi kita masih boleh mendapatkannya di warung depan rumah korang..

Ooooohh...xde warung depan rumah ye???G la carik kat OVEREAS lau cam tu...

Yang ni ape eh??


Keturunan negara seberang jugak ke??

P/S(pesanansaudari):nabila buat air teh sedap gile!!

Monday, March 23, 2009

KAU PERNAH CAKAP NGAN TUNGGUL TAK??

Kau pernah cakap ngan tunggul tak??
Tak pernah??

Kau memang rugi..hahaha

Tunggul maksud aku disini bukanlah tunggul kayu berjenis meranti, cengal atau tungul kelapa sekalipun..(kelape de tunggul tak??)..Sebaliknya manusia yang berjenis bila cakap dengn die,die buat tak tahu je.. Sakit hati kan sayang.. Aku punye la cakap panjang berjela like hbgjhdshvfusagdtfeylrfjufdhjgadfyterdfuahdfsvcgfdta... Die boleh pulak buat mate terkebil-kebil cam cicak tersepit kat pintu kereta mummy aku..Contohnya begini...:

Aku: weh.. ko na qwghdbvgfjdcshtrk tak???
Tunggul:.............................
Aku:(sigh).......WTF btol..(ckp lam ati sudey)

Aku rase aku slalu cakap dengan tunggul.. Sejak dari aku dulu kot bile aku berjiran dengan tunggul mahupun belajar bersama dengan tunggul.. Kadang kala memang buat aku macam na jerit kuat-kuat "WEI VAVI!!!KO DENGAR TAK AKU CAKAP NGAN KAU NI??"

Orang macam ni mungkit tahap pendengaran die tersumbat barangkali.. Dulu time sekolah agak2 aku sudah bercakap dengan tunggul, aku wedging je die, tak kire la si tunggul bergaya dalam skirt baru yang sangat comel.. Bergaya kan dear??

Memang betol2 vavi kan...haih................

P/S(pesanansaitooon): Hilang ke pahale puase lau bagi entri gini??haha....

Sunday, March 22, 2009

ESOK TENET AKU MASIH LEMBAP KE??

Tenet ni semakin hari semakin lembap..Yela aku bkn pkai steamyx..Brodben sudey kan...Awal2 beli dulu xde ar macam ni..Makin menjadi2 ni..Lembap mengalahkan siput babi..

Esok macam ni lagi ke???

Brodben bagi jawapan cepat!!!!

Wednesday, March 18, 2009

NASI LEMAK YANG POPULAR??

Anda pernah makan nasik lemak yang sangat sedap??? Saya?? Mestilah pernah.. Hampir setiap hari kot(membuatkan aku semakin membesar dengan jayanya).. Tapi for sure nasik lemak tu tidak boleh ditandingi dengan yang mak aku yang buat kan...

Sebenarnya nasik lemak yang aku mahu ceritakan ini sangat lah pelik bunyinya.. NASIK LEMAK PON @ NASIK LEMAK BAPOK...haha.. Aku bagi chance korang gelak dulu...

Perihalnya begini.. Nasik lemak tu telah diperkenalkan oleh kawan aku pada tahun lepas...Nama kawan aku tu mestilah dirahsiakan... Terima kaseh weh... Lokasi nasik lemak tu kat KULIM je... Dimana tempat aku belajar dan tidor dengan banyak sekali..(SORI AKU MEMANG TIDAK MAHIR BERTATABAHASA)..

Nasik lemak yang bernama sangat lah annoying tu telah tercipta disebabkan penjualnya yang bersifat seperti yang telah aku nyatakan di akhir nama nasik lemak tersebut.. Walaupun namanya tidak sedap, tapi rasanye teramatlah sedap... Seperti makan NASIK AYAM MENCONGKAM ataupun NASIK LEMAK ANTARABANGSA..hahah...Berbalik kepada nasik lemak yang terdapat pelbagai pilihan lauk (ya nasik lemah ni nasik lemak moden yang telah dipelbagaikan rasanya)ini sangat lah terkenal di sekitar bandar KULIM. Kadang2 apek2 cina pon makan.. Siap tapau bawak balik untuk dijamukan kepada anak dan bini.. Tu pon lau diorang de anak bini..

Sekarang ni pon budak2 bilik aku tengah mencekik nasik lemak tersebut...Baunyer menusuk jantung aku..

Arhhh... Tidak tahan lagi..

Mahu mandi...

P/S(playstation??): lau na rase nasik lemak ni sila datang ke kulim..lau xde address mintak ngn aku yer manusia!!

Saturday, March 14, 2009

PERIHAL AKU HARI INI?

Sedang menonton laptop..Siri realiti tv (walaupun aku menonton di laptop ok!) yg sudah diketahui ramai...Aku layan kan saja menonton bersama 2 orang roomate aku...

Semasa menonton mestilah tekun..

Tiba2....

Roomate A: Weh nape ko men Mr.J ko???kang die besar g kang..
Kunda: Cube ko tekan, rase sakit tak??
Roomate B: (Angguk kpale + blurr2 sket)
Roomate A: Mr.J ko ni J idop.. Tu sakit...
Roomate B: ( Blurr lagi..) De yang idop ke?
Roomate A: Eh!! Mesti lah ade......
Kunda: (Gelak)... Yang merah2 tu idop la... kalo ko na tau yang dah mati laen kali kena tanda ngan batu nisan la...hahah


Aku dok gelak sorang2 rupenye..huhuahua..Pastu aku turon bawah g amik something ngn kawan aku...(Actually aku dudok kat hostel indah permai di sebuah universiti separa IPTA...IPTS la kan????)

Wah!! Dapat cheese burger rupenyer... Orang belanje ni mmg nikmat... Makan dengan penoh lahap...*sigh......

P/S(playstation): Mr.J tu JERAWAT..hahah

AKU TIDAK LAGI KUNO

Aku tidak lagi kuno selepas membelogkan diri?? Kamu jawablah sendiri..Kau xmau jawab DIAM!!
Aku mahu tidur dulu...Sila SENYAP...!!

P/S(playstation??): SAYA TIDAK AGRESIF DAN PEMARAH OKENG...hehe