Thursday, April 30, 2009

RASA ITU SEBENARNYA TAWAR

Rasa yang boleh aku luahkan disini adalah tawar. Hambar. Aku perlu pemanis untuk memaniskan jiwa. Aku tak mahu gula-gula ataupun coklat mahal.

Arghhh...

MU menang kan semalam?:)

Wednesday, April 29, 2009

OMONG KOSONG

hari aku tanpa khabar darinya
mungkin dia bosan
emosi aku tidak menentu
aku pikir dia dipresi

aku mahu biarkan hari-hari lain begini
biar bosan jemu dia menawar
gelora jiwa dia perlu penyembuh
jiwa aku perlu detik untuk pulih

masa, lalukan semua ini segera
aku mahu waktu riang dulu kembali

AN APPLE A DAY KEEPS THE DOCTOR AWAY


Lagi 4 nak kena habiskan!

Tuesday, April 28, 2009

I SIT AND WONDER LAGI #PART 2#

Zaman aku kecil2 dulu,aku adalah insan yang tinggi di antara kawan2 aku yang laen. Dan ianya kekal sampai sekarang. Aku hairan kenapa isu aku tinggi dan besar menjadi bahan pelik budak2, makcik2 kantin, pakcik2 meniaga ayam kat pasar dan orang2 berkenaan laen. Kau tak pernah tengok mamat atau minah saleh yang main volley ball atau basket ball ke? Diorang pon tinggi.

Manusia2 kat Malaysia ni aku rasa akan menjadi jakun dan akan bertanya2 jika melihat sesuatu yang dorang jarang lihat. Lepas tu boleh pulak buat buat muka pelik sampai dahi berkerut2 dan dagu tejongket2. Oh! Kau pelik sangat ke tengok aku tinggi dan besar? Sebok tanya 'ang ni ikot abah ka mak ang yang tinggi sangat ni haih?'...

Sebok lah kau manusia. Aku jawab ikot tokki ang kang baru taw.

Aku rasa aku dilahirkan besar dan tinggi adalah sangat best. Antara best2 aku rasa adalah:

i. Aku boleh ambil barang ditempat yang tinggi dan tak boleh dicapai oleh insan yang kurang inci. Dan aku juga semestinya boleh mengambil benda di tempat yang rendah..

ii. Aku orang yang besar dan tinggi yang tidak sia2. Tinggi aku pon boleh bersukan. Aku main bola tampar. Kalau kau na suruh aku jogging 2km tu no hal lah. Lari pecut pon aku boleh bai. Kau ingat orang kurus2 dan kecik je ke boleh lari laju.

iii. Aku boleh angkat barang yang berat seperti berat badan aku yang berkilo2 beratnya. Orang kecik mungkin memerlukan bantuan orang seperti aku kan?? Haha..

iv. Aku dilahirkan besar dan tinggi juga mungkin aku ada kelebihan nak gantung bunga2 orkid mak aku kat pondok orkid bertingkat dia. Pondok tu tinggi la jugak.

v. Aku juga dilahirkan besar dan tinggi mungkin untuk membuli balik manusia2 kejam yang buli adik2 aku. Kalau kau nak rasa penampar dan tumbukan padu aku kau boleh kacau adik2 aku. Kawan aku pernah kena tikam dengan pensel 2b sebab dia pecahkan botol air aku. Aku memang kejam.

vi. Aku besar dan tinggi dan berkelebihan duduk di passanger seat kat depan (sebelah driver). Yela kan, seat kat depan tu spacious sket untuk kelegaan kaki aku yang panjang ni kan. Orang laen mesti consider dengan alasan aku ni.. Haha..

vii. Aku dilantik menjadi ketua penolong pengawas sebab faktor luaran aku. Haha. Yang ni aku memang pasti sebab waktu aku di tingkatan 4 aku memang bermuka garang dan aku ikot rules sekolah tu. Disebabkan faktor tu, aku jadik penolong pengawas yang hampeh.

viii. Aku mungkin dilahirkan besar dan tinggi untuk merasa kepuasan dunia (gile tak de kaitan kan).. Biarlah. Aku sekarang sangat gembira dengan aku.

Kau nak jadik tinggi dan besar sila makan sup kepala naga macam aku. Banyak kelebihan okeng.

Monday, April 27, 2009

MONEY IS SUPER DUPER KING

Hari ni aku dapat duit.
Aku rasa seperti KING sekejap.



OhSoRandom...Cash cool king kan??

DARAH

Kau tak layak terima darah aku
Dan kau tak layak merasa darah aku
Kerana kau dan kau dan kau adalah orang yang tidak tayak
Langsung walau sekelumit

Kau patut merasa darah aku sedang jeret perih
Tapi mata dan perasaan kau buta
Kau tak sedar aku sedang berdarah
Aku pedih aku sakit

Kau memang bukan dilahirkan dengan darah
Darah kau batu
Mungkin juga angin
Sebab itulah kau tidak berperasaan seperti manusia yang berdarah merah


P/S: Aku akan berdarah teruk seminggu lagi barangkali.. Hahaha

Sunday, April 26, 2009

PRIVATE NUMBER? WOTTERFAK!

Pernah dapat panggilan dari private number? Aku baru lepas menerima panggilan private number. Ramai orang guna private number ni termasuklah syarikat dari sebesar gergasi sehinggalah sebesar segulung tikar (syarikat yang hampir gulung tikar), badan2 korporat, orang2 BESAR, malahan PELAJAR. WTH pelajar na guna PRIVATE NUMBER kan?

Betol2 memusykilkan.

Private number? Aku tahu mungkin pengguna private number ni terlebih secure. Aku pun tidak paham kenapa student perlu menggunakan p.n. Sedangkan lecturer aku semua pakai nombor tanpa privasi. Baranagkali pelajar ini merasakn dirinya terlalu femes like wottrfak ko tak femes langsong weh!

Boleh jadi juga pelajar ni berkelakuan pelik ataupun dia tidak mahu hidupnya diganggu. Kau kena sedar diri, orang poyo macam kau tiada siapa nak kacau life kau. hgdyasfd. Aku pelik ni manusia. Kauorang kene paham situasi aku.

Hakikat laen manusia bergelar pelajar ini menggunakan p.n yang terlintas dalam kepala hotak aku ini juga ialah (ayat time form 5 selalu ada IALAH) dia berpikiran dia macho dan stylo, dan juga bajet orang KAYA! Oh typical! Mungkin aku ni kodi sebab hal ni dibesar-besarkan. Tapi pelajar ini patut sedar kau tak femes dan tak macho langsong kalau guna p.n okeng!

OhSoRandom kan manusia?

P/S: Maybe i have to look up for that too. Kan? Haha

AKU

Jangan kau tambah kemarakan api dengan minyak.
Bahaya..
Aku sekarang perempuan cekal. Take note!

Saturday, April 25, 2009

MARI BELAJAR!

"Study without desire spoils the memory, and it retains nothing that it takes in."

-Leonardo da Vinci-

Kunda tengah pulun stadi Quality Control. Hoi!! Tengok la Puan Kemre nih!!


Owh!! Baeklah Puan Kemre. Aku tengoh nih!


Terima kaseh Puan Kemre!! Sudah! Pergi anda maen jaoh2..


Dah la Puan Kemre.. Aku malu! Aku nak stadi ni Puan!


Giler la.. Isnin ni sudah final?? Apa kejadahnya?

KADANG2 JADIK LOOOSER TU KIUT KOT?

Kauorang pernah tak dipanggil loser ataupun terpikir jadi loser? Aku kadang2 terpikir aku loser. Tapi kadang2 je okeh! Time tu kalau kawan aku yang cakap aku loser memang aku sikit angin dan aku akan back up diri la weh.

Kalau aku bersituasi seorang diri dalam bilik aku rase aku juga loser walaupun duduk sorang2 dalam bilik tu sebenarnye kool. Time sorang2 dalam bilik tu aku macam kutu kene spray dengan Baygon. Huh!! Memang aku akan mati seperti kutu. Bosan.... Dan time tu aku adalah loser SEKEJAP.

Tapi ade jugak situasi yang membayangkan seseorang yang loser tu kiut dan kool juga. Contohnya bila kawan loser dan loser sedang bercakap2 pasal sesuatu isu semasa. Loser tu sudah tentunya tak mengikuti perkembangan semasa sebab dia loser kan. Bila kawan loser tu sedang membebel macam2 like hhfjsdgfyaegfyqgfc dhgjsgdksdakfhjks jhdsgdsk hjdsg, si loser angguk dan terkebil-kebil. Kadang2 dia angguk2 kepala. Kawan loser tu agaknya kurang pasti dia sedang bercakap dengan loser dan keep bla bla bla. Time ni kauorang patot rase loser tu kiut sebab dia sedang terkebil2 dan angguk2 macam kanak2 kecik tengok Nona. Haih! Goddam..

Kredit to looooser2 sekalian.

TATTO?


Perkhidmatan tatto fake secara percuma.
Untuk urusan sila ke bilik @)% ok..
Ye.. Aku conteng guna Pilot 0.7 je..

Friday, April 24, 2009

JATUH MERUDUM!

Laporan Bursa IQ Kunda

Oh!! Saya rasa IQ saya pada petang ini ditutup rendah pada kadar -87.0003. Wuttef***

Kenapa berlaku.

Mendatangkan kemusykilan.


Warghhhhh!!! Macam na makan sup kepala naga!

CINTA PERIBADI

Datang menyapa riang
Jauh berlagu sepi
Dekat membuah rasa
Pendam lara kala merantau

Dalam terdekat ini aku simpan kamu
Di antara malam hanyut kamu dek mimpi
Kerana semoga itu lelap kau didatangi aku
Dan betapa aku menyimpan harap

Kendong hati ini bersama kamu selamanya
Arakian rusuh hati kecilku..

Thursday, April 23, 2009

AKU MENANG!!

Hari ni aku maen bola tampar dan aku menang lagi!! Hahaha..

Friendly je pon. Tapi aku bangga jugak lepas 2 bulan tak turun maen.

Kitorang yang hebat!!Tepok la siket wei manusia!!

Wednesday, April 22, 2009

Perhentian!!
Tunggu aku!!


Nemo!! Aku nak pergi tangkap kau nanti!!
Squidward!! Aku na buat kau jadik bbq cicah sos lada hitam..
Mr. Crab!! Aku nak patah-patahkan kaki kau yang gebu tu sebab xnak bagi kau kaut duit kaum kerabat Bikini Bottom lagi.
Patrick!! Aku na kutip kau letak kat dinding rumah aku..
Spongebob!! Kau layak jadik scrub untuk kaki aku selepas aku berendam di lautan..


Tunggu aku wahai alam Perhentian!!

Tuesday, April 21, 2009

RUMAH OH RUMAH

Kawan aku baru hantar pesanan ringkas. Katanya dia hendak membeli sebuah rumah baru di ibu kota. Tiada apa-apa yang pelik. Semua orang memiliki keinginan untuk memiliki rumah impian.

Dia membuat survey hampir keseluruhan ibu kota. Susah katanya mencari rumah dikawasan kota metropolitan itu.

Tetapi yang aku teruja dan membuatkan otak aku bekerja keras memikirkan perbualan aku dan kawan aku tersebut ialah harga seunit rumah berukuran 500sqft ialah Rm300ribu. Kau tahu 500sqft tu besar tandas kat rumah aku je? Kejam betol pemaju yang menetapkan harga sampai sedemikian rupa.

Aku kelu. 300ribu tu mungkin boleh dilaburkan untuk membina sebuah banglo 2 setengah tingkat jika di kampung aku.



Fikirlah sebelum membeli rumah.

P/S: Kalau harga kondo kat gurney drive tu brape eh agak2 satu unit? 3juta tak?

Monday, April 20, 2009

B.O.S.A.N

Aku bosan nak study 6 subjek
Aku bosan duduk di hostel
Aku bosan hidu bau makanan di kafe MSI
Aku bosan dengar lagu yang sama
Aku bosan tengok loji belakang hostel aku
Aku bosan sms tnye "ko wat pe?"
Aku bosan pakai baju hitam+boxer kotak2

Tapi yang ni memang aku tak kan bosan..
Mee sup ayam..

Memang sedap..

Lagi sedap dari segala makanan kat Carl's Jr ataupun Sushi King..

Sunday, April 19, 2009

I SIT AND WONDER+TGK F1

1) Kenapa F1 yang aku tengah tengok kat ntv7 skang ni tak pospon walau hari hujan? bahaya wei.

2) Kenapa mat/minah saleh yang shopping kat nite market batu fringgi tu berbadan busuk walau pakai lawa nak mampos?

3) Kenapa pemakaian cikgu kat sekolah private dengan sekolah kerajaan berbeza?

4) Kenapa tak boleh potong kuku hari Sabtu, Ahad dan Lain-lain Hari-Yang-Tak-Boleh-Potong-Kuku?Pantang larang ape ni eh?

5) Kenapa aku addicted dengan mee sup ayam?

6) Kenapa budak laki suka gile tengok bola lepas tu kelas pagi2 ponteng kelas? Contohnya kelas Electric Machine dan Pengajian Malaysia.

7) Kenapa ayah dengan ma aku rajin sangat2? Macam mane nak jadik rajin macam diorang eh??

8) Kenapa Gulai Lemak Udang nenek aku buat sedap gila weh?

9) Kenapa aku suka gila subjek welding?

10) Kenapa aku selalu je na berblog walaupun aku dah kurang idea?

11) Kenapa kita suka beli handphone canggih-canggih (camera,3G and wth functions) pastu tayang2 kat membe (membe pon like wtf-hp-tu-bila-aku-boleh-dapat?) semata2 nak sms dan telefon? Tu pon telefon kadang2 je sebab kredit tinggal RM0.57.

12) Kenapa aku tinggi? Aku tinggi oh..

13) Kenapa aku suka tengok persuit of happiness walaupun aku da tengok cite tu hampir 30x?

14) Kenapa aku tulis yang ni?

Dah la.. Better berhenti disini sebelum the list keep goes on till forever..hahaha

HARI BARU

bulan matahari berlabuh berganti
hujan pelangi silih berganti
hati jantung bergelora berkemaruk
jiwa nyawa terjelepok

nahas

mimpi kian pudar
tabuh diketuk
ayam bersahutan
bangkit segera
langkah pasti jauh lagi

segera sedar
hari ini hari baru

Saturday, April 18, 2009

PLAYING WITH SHADOW







Ini kerja dikala bosan..

P/S(pesanansuara): Abaikan tangan besar itu.. Tengok diam2 sudah!

OH!!HARI INI WARNA APA??

Sewaktu aku kecil selalu memikirkan setiap objek dan perlakuan ada warna tersendiri. Susah nak terangkan keadaan ini terjadi macam mane.. Contohnya:

i. mama: kuning..
ii. abah: hijau
iii. adik2: biru
iv. makanan: coklat
v. mama aku tengah marah: merah
vi. abah ajak g shoping: kelabu
vii. pergi sekolah: biru muda

And the list goes on...

Hidup aku memang sentiasa bermain dengan warna.. Aku suka.

Dan hari ini warna tema aku adalah oren ft putih..

P/S: Aku na final.. Ini warna coklat ok..haha

Tuesday, April 14, 2009

PENGALAMAN IKOT BAPAK G RENEW PASSPORT

i) Pejabat imigresen tu ekon selow (abaikan dimana).

ii) Mesti bawa IC (my card) yang bukan sementara dan kondisi cip tu baik. Kalau die tak boleh bace, nanti kau orang akan perlu berkejar2 ke JPN nak buat IC lain. Haih. Like uhsdgfugfdywefd je kan.

iii) Mesti bawa surat beranak. Weh surat beranak bapak aku time tu dah berselotape gaye ape tah.. Minah pejabat tu tegur kenapa tak pergi renew surat beranak ni sekali. Bapak aku jawab 'renew ekon kat pejabat ni dulu sebab badan dah rasa panas2'. Best kan akan
akak manis? hahaha..

iv) Bawa gambar berukuran pasport jugak. Ni aku rase optional je. Tapi bapak aku bawak jugak.

v) Beli siap2 renew form yang berharga RM1.00 kot?. Weh na beli kertas tu pon seringgit bai. Boleh beli sebungkus nasik lemak tampa ayam rempah!!

vi) Servis yang digembar gembur hanya dalam masa 2-3 jam menjadi 2-3 hari. Like wuttefuk la kan?

Haih..

P/S: Mahu ke overc.. I had stamped my passport at the border to dreamland.. Haha..

Monday, April 13, 2009

RINTIHAN ALAM MENJELMA DALAM MIMPI AKU

Sejak kebelakangan ni, dan hampir setiap kali aku tidur, aku akam mimpi perkara2 berkaitan alam..Contohnya:

i) Aku mimpi dahan pokok yang kering dan tidak lagi berdaun patah dan hempap seorang perempuan berbangsa Inggeris.

ii) Aku dan rakan sekelas pergi mendaki gunung di kawasan beriklim sejuk. Ini berdasarkan mimpi aku pasal beli beg deuter, sarung tangan dan sweater yang sangat tebal. Fiji mungkin, tak pun Alps. Mungkin juga Everest.

iii) Aku mimpi angin kuat kat kawasan tandus mungkin gunung yang digondolkan na buat kawasan industri. Angin tu boleh tolak aku sampai tak boleh nak jalan.

iv) Aku mimpi lagi ada beberapa ekor kuda di dalam sebuat taman yang cantik berada di tengah hutan. Kuda tu nampak sedih. Haha.. Sejak bila aku pandai baca perasaan binatang? Hadoiya..

Mungkin banyak lagi. Tapi yang aku perasan semua mimpi aku berkaitan hutan dan alam.

Nampak juga aku memang banyak tidur kan? Biarkan.. Aku memang begini..

Kau pernah mimpi kiamat nak dekat? Aku pernah. Apa tandanya ye?? Takut.

P/S: Jangan tidur di siang hari seperti aku.. Hahaha

Sunday, April 12, 2009

KHABAR YANG TIDAK MENGGEMBIRAKAN

Baru sahaja menelefon ibu tercinta. Aku panggil dia ma. Oh ma,aku sayang kamu. Seperti biasa aku bertanyakan khabar dan perihal dia ketika itu. Katanya mahu ke rumah kawannya sekejap. Ambil baju yang baru dijahit tepi.

Borak-borak bertanyakan kuih tempeyek yang mahu dipos kepadaku katanya. Ya, tempeyek dia terbaik ok! Saya syorkan anda membuat tempahan. Haha.. Kembangkan bisnes famili.

Semasa hendak memutuskan talian, ma cakap adik lelaki aku sakit,mungkin demam. Aku kelu. Katanya Farhan sakit-sakit sendi. Sudah dibawa ke hospital. Esok dia akan ke hospital lagi untuk diambil sampel darahnya. Aku sedih. Harap dia tidak sakit teruk.

Sebagai kakak yang sulung dan aku mempunyai 5 orang adik lagi, aku tidak gemar melihat dan mendengar perkhabaran mereka sedang sakit yang membuatkan aku bersedih dan turut merasai kesakitan tersebut.

Farhan. Adik lelaki aku yang sangat tabah dan berdikari. Tidak banyak bercakap. Cuma sesekali dia bercerita kisah hidupnya kepadaku. Itu pun perihal dia di sekolah. Sewaktu dia di sekolah rendah, aku sangat melindungi dia. Dia manja dan montel ketika itu. Aku bersikap protektif kepada dia. Suatu hari selepas pulang dari rumah lama nenek aku, dia ditimpa sakit yang pelik. Terdapat tompok merah di lengannya. Sakit katanya. Dia turut demam selama hampir 3 minggu. Selepas kejadian tersebut, badannya menyusut sehingga hari ini. Dia tidak lagi montel. Bagiku dia hensem. Ayat klise ke?


Dia pernah mengalami kecelakaan. Aku yang lebih bersedih daripada ibu bapa ku. Mungkin ma aku lagi sedih. Tapi aku memang nampak benar sedih. Oh,aku memang tidak boleh adik-adik aku sakit oh..

Hari ni aku dikhabarkan adik aku yang seorang tu sakit lagi. Aku gelisah lagi. Aku sedih. Tuhan, cepat sembuhkan adik aku. Aku sayang adik-adik aku..

Aku sayang kauorang. Aku sayang abah!!

P/S: Doakan adik aku cepat sembuh.. Amin

DATABANK VS 3.39 CARAT CATHERINE DIAMOND PLATINUM

Oh cantik!!

Oh gorgeous!!

Mahu oh mahu!!

Kemarilah sayang.....

Dem preti!!Come bebeh....

Goshhhhh!!!

Ini dapat tentu tidak tidur seminggu. Malam-malam aku habiskan masa bersama kamu oh indah-cantik-manis... Oh aku benar-benar mahu kamu!!

Saturday, April 11, 2009

MY HEART IS A SOLDIER?

Abaikan mulut seperti oh-nida-sangat-gedik tu.. Biarla aku macam ni pon kan?? Kan semah?

Daddy!! aku mahu skaff begini lagi. Belikan di Bandung. (Abaikan towel di blakang tu..haha)

MY HEART IS A SOLDIER..

I fight to make you stronger, to make you love your life.
I fight to show you purpose, to keep you satisfied.
I fight to make you happy. I war to win your heart.
I'd fight forever for you. I ache when we're apart.

I'm fighting for us. My heart is a soldier.
I'm killing myself. My heart is a soldier marching to die.

I fight to stay together, to bring us eye to eye.
I fight to speak your language, to keep you by my side.
I fight to make it easy. I push to give you time.
I fight our losing battle. I bleed to stay alive.

I'm fighting for us. My heart is a soldier.
I'm killing myself. My heart is a soldier marching to die.

Am I twisting everything?
It's hard to tell when all I see is temporarily between the way it should and shouldn't be.

I'm fighting for us. My heart is a soldier.
I'm killing myself. My heart is a soldier marching to die.
My heart's a soldier. My heart's a soldier.

I fall like a fighter when you give me a shot. I'll live like a lover when you're all that I've got.

I'm fighting for us. My heart is a soldier.
I'm killing myself. My heart is a soldier marching to die.


My Heart is a Soldier, The Juliana Theory. Aku jumpe lagu ni macam kena dengan benak dan minda aku sekarang, at this very moment where things get more complicated by the day. Macam aku makan me sup sedap. Ya, aku addict me sup.

Footnote: Abaikan imej bertudung dan lirik lagu yang heavy ni..haha.. Aku suka dua2..

DIMENSI HIDUP

Aku mendung. Kebelakangan ini aku letih dan tiada perasaan. Aku kurang selera pada ayam goreng rempah,sayur campur mahupun nasik lemak pondan. Jangan dijamukan aku dengan pizza hut. Nanti aku muntah.. Aku cuma mahu semangkuk mi sup ayam panas. Itu cukup.

Perasaan..

Aku fikir final exam. Aku jadi kaku seketika. Aku belum bersedia. Aku rasakan masa berlalu begitu pantas. Sepantas Ian Thorpe berenang dalam lautan buatan manusia, sepantas kuda belang merentasi padang ragutan yang tandus. Baru semalam aku ke kelas kesukaan aku, welding. Buka tutup, buka tutup mata, esok aku akan berada dalam dewan peperiksaan. Aku belum bersedia.

Aku tak faham..

Ini penyakit barangkali. Tetapi bukan penyakit yang menyebabkan penderitaan fizikal. Yang pastinya tentang pengadaptasian hidup aku dengan pengisian masa aku. Jika aku salah menggunakan masa yang tersangat limit ini aku pasti dapat sakit. Ya!!pasti..

Perkara ini semakin memberat di benakku.

Semalam, aku dikejutkan lagi dengan berita yang akan membuatkan aku bertambah sakit. Hostel sem depan naik harga. Seperti vavi menyondol bontot. Memang vavi. Aku sakit. Mana mahu dicari duit sebanyak 8ratus dalam masa sebulan setengah? Tambah pula dengan 50ringgit untuk pendahuluan. Sial datang kepada yang berkaitan..

Kemarilah duit kepadaku. Kasihanilah aku. Alangkah bagus kalau aku kaya. Aku tidak mahu mengharapkan duit ibubapa aku. Aku sedih. Tidak mahu meminta lagi. Cukuplah 20tahun aku yang lepas ditanggung mereka. Aku mahu berdikari walau pedih. Hidup sekarang pasti boleh dibeli dengan wang ringgit. Walau itu sungguh material. Ini hakikat hidup. Duit. Siapa didunia ini bekerja semata-mata untuk kepuasan hidup? Aku pasti untuk mensapatkan duit sebanyak mungkin, bukan?? Akui sahaja.

Aku mahu berdikari. Larilah masalah jauh-jauh. Tapi kadang-kadang aku perlukan masalah juga, tetapi aku tidak mahu sakit. Sakit dalaman lebih parah dari sakit fizikal. Sebenarnya benda ini tidak penting pon. Tapi aku tidak tahan jika bebanan ini dibenakku, dimuntahkan disini lebih baik barangkali. Sebab ini mungkin aku berblog.

Aku mahu zaman kanak-kanak aku dikembalikan. Seketika cuma pon tidak mengapa. Aku rindu cikgu muzik aku. Aku rindu cikgu bm yang sangat baek. Aku rindu. Aku mahu kekelas fardhu ain memakai jubah bewarna purple itu. Pulang dari kelas, beli ais krim milo buatan sendiri oleh seorang misi tinggal di kuaters kesihatan. Ais krim itu terbaik ok walaupun agak kontot. Sedap!! Aku rindu.

Arhhh.. Putarkan masa aku kembali ke zaman kanak-kanak.

Hah.. Mungkin perasaan berbaur sedang kamu alami ketika membaca entri ini bukan?
Loya?
Mual?
Menyampah?
Bosan?
Pelik?

Pilih sahaja yang mana satu, tiada seorang pun yang berhak menentukan apa yang patut kamu patut rasa. Aku tidak kisah. Ya, hak itu hak eksklusif aku, kau dan mereka semua. Sebab kadangkala dalam ruangan blog aku ni, aku suka menulis tentang perihal fantasi. Perihal yang tiada sangkut paut dengan realiti hidup aku ataupun sekalian makhluk yang berdansa riang di ruangan hidup aku.

Biarkan sahaja..

Mari nyanyi lagu kesukaan aku dengan rentak kauorang sendiri. Terima kasih cikgu muzik. Pn. Zakiah...

Rumah kecilku sayang,
Letak di tepi sawah,
Sungguh comel dipandang,
Ku datang pagi petang...

Bila padiku dah masak,
Kerja pon banyak,
Pipit mulalah menyerang,
Aku meradang...

P/S(pesanansaiton):Aku damai.... comelkan lagu ni??lalalalalala~

ESOK AKU KE MANA??

Esok aku akan ke Kunci Rimbun (nama company ni sangat pelik ok) untuk menyudahkan task na buat lesen kereta..

Ya...Im 20 dan aku baru nak terhegeh-hegeh buat lesen..

Thursday, April 9, 2009

ENTRI TANPA TAJUK YANG SPESIFIK

Ustaz aku selalu mengatakan bahawa maksud perkataan manusia itu sendiri adalah malas. Oleh itu tidak hairanlah kita selalu terlalai dan terleka. Lagho dalam kata lain. Ya,aku mengaku aku memang jenis yang ini. Tidak hairanlah kalau pulang sahaja dari kelas, aku akan mencari katil. Tindakan yang selalunya bukan aku sahaja yang akan lakukan. Betolkan korang??

Tidur di siang hari sangatlah indah. Tambahan lagi kipas di bilik hostel ataupun di bilik anda sendiri berfungsi dengan laju dan menghasilkan angin buatan yang sangat nyaman. Diluar tingkap pula angin sepoi2 menandakan hujan renyai akan bermula. Nyaman kan. tidur ditemani mimpi2 indah ditambah pula badan sudah diselimuti blanket yang tebal.. Warhh... Ini best bangat ok..

Tanpa memikirkan exam yang hanya lagi berbaki sikit minggu. Adus!! Aku tewas dek katil. Bila mahu stadi nida? Final ni aku akan menduduki 6 subjek. Aku lagho...

Perot berkeroncong minta diisi. Oh,aku lupa. Aku berpuasa..

Sabar perot,sebentar lagi aku akan memenuhkanmu dengan nasik ayam percik okeh.

P/S: Tidur indah tanpa gangguan kan best...sigh

EXAM???

i. The stars shine down by Sidney Sheldon
ii. Working wonders by Jenny Colgan

Bile nak habiskan pembacaan yang bertangguh sedangkan final exam lagi 2 minggu??

Exam is just around the corner..

Haih...nida oh nida............

Monday, April 6, 2009

PENANG!!!HERE WE GO!!

Action speaks louder than words..??
Tengok je la walaupon idiom tu entah tiada kene mengena dengan gambar2 ni semua..

Pulau Jerjak jauh kelihatan.. Ada sesiapa mahu tinggal disini??

Jambatan terpanjang di Asia dan hampir "dihilangkan" oleh David Coperfield..Yeke ha??

Batu Feringghi(btol ke spelling die macam ni ha?)..Here were go!! Aku kelihatan pulun sekali.. Haih..

A big trees along the roadside.. Such a beautiful scenery..

Rain rain rain rainbow...Lalalala~

Pewit pewit!!

Tropical Spice Garden.. Cantik sangat..

Morning glory blooming at the evening..

The Ship Restaurant.. The best steak in TOWN.. Take note..hehehe..

The unique restaurant.. Perhaps kalau makan kat sini boleh jumpe Poppye.. Perhaps..

Dah.. Jom balik KULIM semula.. Hari dah siang selepas semalaman bermalam di Gurney Drive dan skodeng pasangan hangat berasmara.. Kan Ayong??huhu