Thursday, July 30, 2009

SAKIT LAGI

Tengah sakit..

Tak larat nak berblogging.

Bukan selsema babi, selsema biasa2 saje.

Tadi pergi hospital dokter cakap dehydration. Yeke aku dehydration??

Bukan buat kerja teruk pon.

Tapi aku takut gile, kat hospital tadi ramai gile orang sakit.

Huh.. Doakan aku cepat sehat.

Wednesday, July 29, 2009

TAKUT UNTUK HIDUP DI DUNIA?

Aku baru dapat panggilan mama aku pukul 9 lebih tadi. Memang dia yang akan telefon aku. Ma aku cakap da ramai orang kene H1N1 kat Kuala Lipis sekarang. Sampai dah ade sekolah yang terpaksa ditutup. Dia pesan supaya aku jangan keluar pergi tempat yang ramai orang. Takut ohh!

Kesimpulannya di sini, hidup di dunia kini sudah tidak selamat. Selepas wabak selsema burung melanda, dunia dikejutkan dengan selsema yang lagi dasyat.. SELSEMA BABI weh!! Memang hidup di dunia kini tidak selamat lagi.

Oleh itu, disarankan para angkasawan segera bertindak untuk menubuhkan penempatan di planet2 yang berhampiran dengan bumi. Planet yang berhampiran dengan bumi dicadangkan disini kerana untuk mengurangkan kos pengangkutan. Selain daripada jarak yang jauh dan berkemungkinan tua di dalam kapal angkasa jika mahu ke planet Zuhal atau mungkin yang ingin ke Pluto.

Ini memang tidak masuk akal. Tapi di manakah tempat lain yang lebih selamat daripada bumi yang memungkinkan munculnya segala macam jenis selsema. Mungkan beberapa tahun lagi ada selsema kucing. Tak pun selsema kambing. Oh!! Aku takut untuk hidup.

Dalam berita baru2 ni pun aku dengan kemungkinan besar penduduk di dunia akan menghidap selsema babi ni menjelang beberapa tahun lagi. Walaupun vaksin telah ditemui dan mungkin keluar pada bulan september nanti (HARAP MAKLUM BULAN SEPTEMBER OK!), tapi berkesan sangatkah vaksin tersebut? Kemungkinan juga wabak ini akan sampai ke hemisfera utara dan selatan. So macam mane ni? Cerita berakhir dengan bagaimana?

Gerun wei!!

Justeru aku harus lebih berwaspada dan banyak bertaubat.

Banyakkan amal kau nida di bulan yang mulia ni. Haih..

SURAT CINTA SAYA!!

Ini untuk mama aku. Walaupun die tak pernah tahu ape tu blogspot, tapi aku dah bagi tahu die aku ade blog. Haha. Ini adalah luahan anak mama yang semakin busy sekarang.

Kepada mama,

Anak mu disini sihat walafiat sahaja. Harap ma abah serta adik2 berada dalam pink of health (ayat darjah 6 untuk essay). Sekarang makan pakai cukup lagi. Tapi duit sentiasa tak cukup. Huhu. Tambahan pula pinjaman bulan ni dapat lewat. Ma tahu bukan kebiasaanya loan kak da akan masuk pada 27 atau 28 di setiap hujung bulan. Tapi kak da tak tahu la ape pasal MARA tak bank in lagi duit. Mungkin diorang lupa. Apa pasal pulak lupe kan, tu memang kerja diorang. Nak marah ni, tapi dengan ma tak berani nak mencarut. Kak da tahu nanti ma tarik telinga.
(ini adalah perenggan untuk meminta belas ihsan duit mama..) huhu

Semester ni pulak kak da kena siapkan Final Year Projek (FYP). So, hari ni dari pagi sampai la malam nanti kak da duduk kat bengkel. Tu pun ade mase sikit je. Tak sempat na telefon ma lagi hari ni. Tapi masa untuk Facebook dan blogging ada lagi. Bukan apa, Kak da sedang bercucuk tanam untuk mendapatkan duit tambahan serta menguatkan otot2 di tangan demi untuk memotong besi. Esok petang kak da telefon ma eh.. Lepas tu nak bagi tahu jugak kredit dah nak abis, so ma kena lah topup. hehe

Ma, dikesempatan ni kak da nak mintak sumbangan nak beli Crocs baru. Hehe. Ma tahu kan Crocs Cleo yang kak da pakai sekarang ni dah haus tapaknya. Bukan tak bagi dia minum, tapi tu lah hakikat dia. Kejelitaan dia memang utuh seperti mama lagi, cuma ma paham-paham sajalah dah lebih setahun kakda pakai Cleo tu, nak jugak merasa pakai Alice. Hehe..

Akhir kata, kak da doakan ma abah serta adik2 doa kat kak da agar tabah berada di MSI yang indah ni. Berhirupkan udara bandaraya metropolitan KULIM, dikelilingi kilang-kilang yang gah di kotaraya HI-TECH PARK. Insya-Allah hujung bulan nanti kak da balik okeng. Doakan kejayaan kak da jugak eh ma abah. Pesanan untuk dayah dan tirah sila jangan buli ma ok. Kalau ma malas masak suruk je ma beli dekat kedai Wan Ye tu je. Okeng. Jangan bagi ma dengan abah makan ikan masin. Nanti kena darah tinggi.

Salam sayang dari anakmu yang jauh dan letih (baru balik main bola tampar)..
-KUNDA SHELDON YAHYA-

Tuesday, July 28, 2009

NAK MAKAN!!

Nafsu makan memang selalu je datang time2 malam nak tidor ni. Siang2 hari takde la pulak die datang. Memang buat perut aku jadik lapar mencucuk2.

Baru teringat sambal tumis ikan bilis tempoyak yang ma aku slalu buat. Bapak la segala sedap makan dengan nasik panas2.

Ya Allah. Kecur!!!

Redha..

Tidur dengan kelaparan dan ingat kat family.

Ingat kat Azraai jugak.

Stoking pon nak masuk list.

Nenek dengan atuk aku pon.

Lagi sape yang na masuk eh??

Ha.......

Sape2 je la..

Haih..

Stone dan gudnite bebeh!!

Sunday, July 26, 2009

JUALAN MURAH DATANG LAGI...

Sedih lagi mengingatkan duit dalam wallet tinggal 10ringgit. Tapi aku tak kesah sangat pon. Bab duit nak beli makan kalau setakat makan roti kosong dengan air sejuk pon boleh telan la. Pikir nak guna buat beli besi lagi parah ni..

Mega Sale time2 semput ni memang buat aku menyampah gile. Rase nak terajang je tv 12 inci kalau ade iklan tu time aku tengah gelak2 tengok industan ke. Terus moral down.

Lepas iklan tu pulak ade iklan MLM ala2 skim sepat kaye.

"Syukur Alhamdulillah"

"Kami dah berjaya"

"Marilah join kita (patutnya letak KAMI lah bongak!)"

Hish. Minda orang nak kejar duit. Mekap tebal2 lagak si bini. Laki dia pulak pakai baju hitam dengan tie merah. Konon nampak elegan style orang2 sofisikated zaman sekarang. Biasa lah tu. (Padahal na kaver perut mancung kan?)..

Anoying betul (eh betol ke eja ni?tengah marah biasalah..)

Semuanya pasal duit.

"Sayo pon nok jadik JUTAWAN jugok"

Haram.

Strategi pemasaran. Biasalah tu..

KA CHING!!!

Siot!!!

TOUCHING LAGI!

Bila da lame tak balik rumah (walaupun balik sekejap masih tak cukup dan dianggap macam tak balik langsung) mula lah perasaan yang aku tak suka ni datang. Saje je nak bagi aku tacing lagi. TOUCHING LAGI!!.. Rindu nak balik rumah.. Sob3..=(

Gara2 sukan dan sukan lagi, aku menghabiskan cuti semester lepas bersama2 bola bulat berjalur kuning dan biru featuring putih (urggghhh tak tahan), net setinggi 2.4m dari paras bumi (tipu lagi!), kakak manis*, kakak2 yang cantik, papa panjang serta kanak2 hensem laen. Time ni best je, tak rindu sangat lagi.

Jangan kutuk bola tu,dia punya nama dan jiwa juga. Nama dia MIKASA jiwa dia MSI! Haha

Kakak manis, kakak2 cantek, papa panjang, serta kanak2 hensem laen.. Huhu


Sekarang ni dah masok sebulan lebih, jiwa gundah gulana nak balik rumah la weh!! Ma!!! Ambik orang kat sini....

Godek2 gamba lame, jumpa yang ni.

Lagi rindu!!!!

Kanak2 yang selalu dibuli dan buli balik! Ish..

Dia memang super duper hooligan cute!

Nama dia memang stoking dan sheldon sayang dia!!


Nak balik jumpa korang!!!!

Friday, July 24, 2009

HATI

Aku mahu dia....
Tolong..

Wednesday, July 22, 2009

HARAPAN TAPI..

Janji aku
Sampai ke mati

Tapi memang tak dapat lari
Tapi itu yang dirancang

Rancang itu semua dari kita
Yang Agung takdirkan

Tapi lagi yang diharapkan
Setia yang aku tabur ini selamanya kekal

Pasti kalau terusan yakin
Harap diseberang sana juga ada tekad

Tuesday, July 21, 2009

SI BUDAK GEMOK..

Baru bercadang nak diet(YERK!!sumpah tak pernah diet weh!!), tapi siang tadi da makan nasik+ayam goreng..
Malam pulak makan nasik goreng ayam..

Hadoi la..

Budak gemok ni..

Aku tahu aku memang gemok pon. Arai pon cakap aku gemok(kan Arai....). Aku tak kesah pon sebenarnya. Huhu..

Nah tengok budak gemok!!

Monday, July 20, 2009

MARAH NI!!!

Perkara2 yang kurang menyenangkan memang selalu berlaku. Tak payah mintak pon memang akan dapat. Manusia pula memang tak suka bab2 getir ni. Dalam ayat betolnya kita memang tak suka keadaan yang buat diri dapat susah.

Tapi keadaan yang kurang menyenangkan ni berbeza dengan keadaan mencabar. Aku tahu memang ada manusia yang suka dengan cabaran. Tu dah jadik lain cerita. Manusia yang tahap kesabarannya rendah macam aku ni memang susah nak cope with this situation. Huh..

Contohnya kondisi bila benda yang kau selalu nampak tu memang/selalu ada je depan mata. Memang time tu tak pernah nak appreciate pon. Hari2 tengok pandang sebelah mata je. Bila je nak guna dia hilang dari pandangan! Time ni aku cari dengan bersungguh2 pon kompem tak akan jumpa. Memang buat aku jadi marah sebab diri dah dapat susah!

Konklusinya dari petang tadi aku cari getah rambut aku yang kaler hitam tu. Kau maen sorok2 dengan aku ye #@$%*!!! Esok aku na guna, kau nak maen hide and seek lagi ye! Aku geram ni! Mesti kau tengah menyorok pastu gelak2 kat aku kan!!!!

Kau jahat!!!

Sebab tu la, mulai saat ni aku akan hargai setiap barang aku.

Ok, safety boots aku baru je hilang siang tadi jugak! Sial kepada pencuri tu!! Kasut tu akan gigit kaki kau nanti haram jadah!!

P/S: Aku sedang marah!!

Sunday, July 19, 2009

BEG BARU!!

Faezah! Sila jangan jeles sebab k.nida ade beg baru. Handmade lagi tuu..:-)

Ini kerja time bosan gila2 kat hostel. Hanya memerlukan 8ringgit. Huhu.. Nanti g kelas ada beg barula...................lalala~

Bahan2:
  1. 2 Sarung bantal yang kainnya tebal (aku beli kat The Store RM3.45 x 2helai)
  2. Jarum (pinjam dengan kawan aku!)
  3. Benang (pon pinjam..hahaha!)
  4. Butang (optional..ni aku da lame beli kat bundle)
  5. Kain perca na buat tali beg
Ni la rupa sarung bantal sebelum menjadi beg

Dan yang ni...

Dah siap! Takde depan belakang sebab both sides aku suke!

Dan yang ni...

Ni butang fevret aku.

Jahitan aku yang memang kemas. Korang tak payah puji..Haha..(kau memang masuk mesin basuh,basuh sendiri kunda!!)

Ni yang tak sabar na g kelas pakai beg baru ni..huhu


The end-

Friday, July 17, 2009

PENAT BERFIKIR!

If our brain was simple enough for us to understand it,we would be so stupid we wouldn't be able to understand it after all.. -kunda sheldon-

Wednesday, July 15, 2009

YET?

Banyak nak cerita..
Tapi..


I just can't put the things I wanna say in words yet.
Yet......

Tunggulah esok lusa eh..

Tuesday, July 14, 2009

CINTA HATI SAYA!

Cinta hati saya..
Kemarin..
Semalam..
Hari ni..
Esok..
Lusa..
Tulat..

Anak tulat..
Cucu tulat..
Cicik tulat..
Cuit-muit tulat..

Sampai bile2 la senang cite..
Saya cinta awak!

(klik imej untuk besorkan ye!)

Saturday, July 11, 2009

KANAK-KANAK COMEL ITU AKU!!;-)

Aku memang dah lame nak buat entri ni,tapi asik tak berkesempatan sebab aku rase kalau nak tulis yang ni memang panjang. Tapi biar la,tak kan setiap posting yang aku buat semuanya kena pendek2 kan? Time tengah baring2 ni, tetiba teringat kat sepupu sepapat aku, lepas tu mulalah teringat zaman kecik2. Ohh.....Indah wei!!

Zaman aku kecik2 dulu,tahun 90-an, aku selalu la juga pergi rumah sepupu aku. Sebenarnya sepupu aku duduk sekali dengan nenek dan atuk aku. Rumah diorang kat hujung kampung di Kuala Lipis. Dalam kampung tu pulak, kebanyakan penduduk semuanya adik beradik atuk aku. Gile hooligan orang tua tu. Atuk aku ni anak ke-2 dalam family die.Adik2 die belambak la kat situ.

Walaupun atuk aku tinggal di hujung kampung, tapi tu la yang paling best sekali. Rumah die besar. Ruang tamu die kalau setakat nak main polis sentri tu takde hal lah. Boleh lari macam kat padang. Aku dengan sepupu2 aku ni suka main kat kerusi antik die. Kau orang boleh bayang tak sofa2 mewah zaman dolu2 bukan macam yang jual dekat IKEA sekarang ni. Dulu orang buat sofa dengan sabut kelapa. Gile btol kan. Aku duduk sedap je, walaupun x selembut sofa sponge.

Sepupu aku yang rapat dengan aku ni beza umur dalam 2-3 tahun je. Diorang ni ada satu almari kecik yang memang sangat klasik. Kalau aku datang sana, mesti perkara pertama yang aku buat ialah menyelongkar almari kecik diorang ni. Almari sepupu aku yang lelaki tu memang penuh dengan barang dan tak kemas langsung. Lain pulak almari sepupu aku yang perempuan. Memang kemas. Dalam tu macam2 barang pelik aku jumpa. Time tu memang macam eksited la. Gile macam jakun woh..

Petang2 pergi mandi sungai. Kalau nak pergi mandi sungai kene turun bukit. Rumah atuk aku ni atas bukit. Bila dah penat mandi nak balik ke rumah bapak la segala letih weh. Bukit tu kena daki macam gunung everest je. Putus urat kentut aku. Pastu pekena nasik dengan gulai tempoyak ikan sungai. Perghhh... Makan ramai2. Lagi la lahap macam pelarian baru jumpa makanan. Ohh!! Lupa na bagi tahu kat rumah atuk aku ni kat dapur dia ada lagi dapur arang. Malam2 kalau hujan ke atuk aku duduk kat situ panaskan badan. Klasik kan. Kalau masak gulai ke memang sedap la. Huh!! Kecur ingat masakan mak long aku. Teh die terbaik la!!

Malam2 tidur ramai2 dekat ruang tamu. Sebelum tidur wajib tengok tb pastu berebut controller. Datang atuk aku ambik controller tu, pastu tutup tb. Semua tak boleh buat ape la sebab orang tua tu memang garang weh. Time tidur tak boleh buat bising like cerita nak buat apa esok ataupun siang tadi siapa paling laju naik bukit balik dari mandi sungai atau adik aku tercekik tulang ikan. Kalau bising nanti kena marah dengan atuk aku. Bilik die dekat je dengan ruang tamu. Biasa la rumah papan. Bisik2 pon boleh dengar kan(metafora melampau2)..

Saat nak balik rumah sendiri memang nenek aku akan penuhkan bonet kereta dengan segala bagai sayur dan buahan yang dia tanam sendiri. Nenek aku ni pernah meniaga/jual sayur dan buahan yang dia tanam. Dari nangka,cempedak,pisang,ciku,limau,terung,lada,timun sampailah ke jantung pisang wei dia bagi. Nenek aku memang best!!

Balik ke rumah,dalam poket aku mesti ada something yang aku kidnap. Kad comel2 tu hilang sebab aku yang ambik. Sorry!! ;)

Sekarang dah besar2 (ayat klise selain dari nak kate dah tua), jarang balik kampung. Semua dah jadik kenangan yang sangat best macam kami makan buah koko zaman kecik. Pastu tercekik biji koko!! Haha. Kalau boleh putar masa aku na ke zaman kanak2. Kanak2 sekarang hidup tak mencabar langsung duduk depan tb mengadap ben10. Tak pun dah pandai main facebook. WTF kan?

KALAU..

Kalau kau ada di saat ini..
Kalau kau di depan aku..
Aku mahu peluk kau..

Aku rindu..
Kalaulah kau ada di depan aku......

TADI...

Aku nampak 2 ekor kura2 merangkak dengan laju di lebuh raya..
Cantik..
Satu bewarna kuning..
Yang satu lagi merah..

Tiba2 datang pula seekor kuda..
Aku anggap kuda tu xsemegah mana walaupun laju..
Sebab dia kaler biru..

Lalu bas yang aku naik menyusur di lorong kiri dengan kelajuan 80km/j..
Cam haram je..
Bawak la laju sikit macam binatang2 cun tu!!!

Monday, July 6, 2009

MEDAL!!

Muka hitam.
Bibir kena ciom dengan nyamuk.
Kulit tangan dah mengelupas.
Rambut dah banyak gugur.
Lutut lebam sana sini.
Urat hijau kebiruan penuh di kaki..

Ini semua bukan jenis penyakit..
Ini adalah pengorbanan untuk mendapatkan pingat gangsa.

Tunggulah tahun depan pingat emas tu pasti aku yang punya....