Monday, August 31, 2009

MERDEKA AKU!!

jangan diharap bulan jatuh ke riba
pungguk menanti belum ketemu
jangan diharap janji setia
panjangan akan bosan jemu

disangka gelap selindung langsir
cahaya terang hidup pelita
dipegang pecah dikendong kecicir
apa yang dinanti tak kunjung tiba

suram datang disebalik bukit
kelam datang diam sunyi
angan diharap tinggi melangit
kaki dijejak masih di bumi


selamat hari "merdeka"

Wednesday, August 26, 2009

S For Sofea!!!

Rindu kat budak comey ni. Rindu sangat2.

Sunday, August 23, 2009

BAS HILANG ???

Aku nak menyumpah lagi. Pikir2 balik bulan puasa ni aku menyumpah bukan sebab setan hasut, tapi nafsu,aku tawakal balik. Tapi aku memang angin gila la wei!!

Meh nak stori. Tadi aku balik dari koala lompor ke kolim. Aku naik PLUSLINEAR. Tu memang jadik pilihan aku sebab memang selamat,cepat,tepat, dan tak de la cekik darah sangat tiket die. Setiap kali aku nak balik umah tu lah satu-satunye bas yang aku naek.

Lepas tu, nak dijadikan cerita dibulan puasa ni, aku naek bas dengan pemandunye yang tua. Aku tak pasti kreadibiliti dia tu sesuai lagi ke tak untuk dijadikan pemandu bas ekspres. Aku tengok memang da tua pon. Bukan kutuk ni memang hakikat.

Dia berhenti sebab nak bagi laluan kepada kitorang yang Islam ni untuk bukak puasa dekat Bukit Gantang. Tak de pulak dia cakap berapa minit nak berenti. Selalunya kalau aku naik bas PLUSLINEAR ni dia bagi tahu rehat berapa minit. Aku pon buat donnow, pastu terus pergi beli makanan nak bukak puasa. Biasa la nafsu time sebelum bukak puasa memang membuak2. Aku ambik lauk kemain banyak.

Dah ambik lauk banyak2 memang time yang diambil untik makan pon agak lame la sikit lau nak dibandingkan dengan time2 makan pada hari yang tak puasa. Lepas tu minom milo panas. Weh, dah name pon panas, mane boleh maen togok gitu je kan. Kene la teguk selow2 baru terasa nikmat milo pekat tu.

Dah makan kenyang2, kena gi toilet, kalau tak perut aku dalam bas kang wat hal. Dah la seat yang aku duduk tadi basah. Haram jadah mane la bagi tumpah air atas seat tu. Dah aku kena alas dengan fail kawan aku. Dah kene ganti. Dah kurang duet nakbeli crocs. Dah kene mintak duit lebih dengan ma aku. Haih. Manusia betul!!

Selesai gi tiolet aku dengan kawan aku pergi la tempat bas parking. Aku pelik sebab aku tak nampak PLUSLINEAR tercinta tu. Macam putih je mata aku tengok tempat parking dia kosong je. Aku macam pelik la sebab baru 25 minit kitorang rehat. Dia dah lari ke??

Aku cari kat Petronas, tapi tak jumpa jugak. Aku cuak. Tapi buat2 tak cuak. Baru nampak cool kan. Bodoh!! Aku dah kena tinggal dengan bas la sial!!!!!! Time ni memang gelabah tak boleh berfikir bai. Cek kredit telefon tinggal RM0.83. Ceis!! Memang telefon ma aku pon tak sempat. Lepas tu aku try carik nombor telefon sape yang boleh aku nak hubungi sebab aku memang tak de no telefon kaunter PLUSLINEAR kolim. Aku jumpe nombor telefon kaunter shamisha. Telefon je la mintak tolong bagi nombor kaunter PLUSLINEAR kan. Aku telefon dia tak angkat. Babooon!! Takkan kau berbukak punya lama?? Sape nak jage kaunter weh?? Kau tak nak niaga ke? %^&$!!!!!!!!!!!!

Dah la bukan aku je yang kene tinggal. Lagi tiga orang yang senasib dengan aku kena tinggal terkontang kanting dekat bukit gantang tu weh. Dengan segala laptop, beg deuter 14kg aku tinggal dalam PLUSLINEAR tu! Aku dengan muka tak malu pergi dekat bas Roadway yang patutnya ke Butterworth. Tanya boleh tak tumpangkan kitorang ke Kolim. Naseb baek dia bagi tumpang. Dalam bas tu memang buat muka tak malu la. Seat dia dah la best. Besar gila.

Dalam bas tu aku dok telefon kawan aku mintak tolong ambik beg aku kat bas tu. Aku telefon kaunter skali lagi tapi takde orang jawab!! VAVI lagi skali kat kau weh!! Aku pelik kenapa orang-orang penumpang dalam bas tu tak tolong bagitahu yang penumpang dalam bas tu tak cukup lagi ha???Ni la orang panggil SATU MALAYSIA kan? Memang macam gampang orang yang duduk sebelah seat aku tu tak tolong cakap kat driver tu!!

Nasib baek bas Roadway tu sempat kejar PLUSLINEAR yang h@#%$ tu. Aku pon naek dan perli2 orang dalam bas tu. Kalau korang tak terasa lagi bergi berambus duduk kat Zimbabwe la wei!!!!!! Lepas ni kalau aku naek bas kompem aku tak mau turun. Kalau nak kencing pon aku nak kencing dalam tu je. Boleh???

Huh!!!!!!Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam. Tolong bersikap saling membantu di bulan yang mulia ini.

Saturday, August 15, 2009

BOSAN

ucapkata aku sudah muak didengar
suara garau kasar aku diendah....

haih...

Friday, August 14, 2009

MUORRR!!

Malam ni aku terasa hati sebab tak boleh ikot trip pergi Johor. Lebih spesifik, MUAR. Abah kesayangan aku tak bagi pergi sebab risau pasal H1N1. Biasala kan dia sayang aku lebih. Heheh.

Lepas tu aku baru mandi pukul 11.15 p.m td. Aku pakai baju kaler hijau kesukaan. Tapi tibe2 je malam ni aku rase tak selesa dengan baju tu. Jadi aku tukar pakai baju kesayangan lagi yang Azerai aku bagi. Ok. Selesa.

Lepas tu aku balas message dari kawan aku yang ikot trip ke Muar tu. Bila nak reply je message die tu, aku tacing. Weh!! Aku nak ikot korang jugak la!! Nanti hujung sem kalau korang tak buat trip pergi mane2 siap la korang. Aku tak mahu belanja gula2 dalam kelas dah!!!

Ini AMARAN tau!!

Dah.. Jangan tacing2. Minggu depan nak balik rumah jumpe mama kan.. Hehe..

Mimpi indah akan menyusul sebentar lagi..

Gudnite bebeh!

Thursday, August 13, 2009

BENCI

Aku rase nak marah2 je sekarang.
Walaupun kerja tak berapa banyak tapi tetap sebok melampau.
Aku tak suka keadaan ni..

Minggu depan aku nak balik rumah bercuti seminggu.
Biar padan muka aku tak belajar.
Arghhhhh..
Biar la..
Aku dah 2bulan tak jumpa mak bapak adik beradik serta kucing2 kesayangan.
Gila kan 2 bulan weh..
Lebih spesifikasi 2bulan 1ohari siak!!!

Nak balik makan gulai lemak ikan tenggiri masin.
Meleleh air hidung..
Haih!!!

Tuesday, August 11, 2009

JOM MENCARUT!!

Ish...Tensyen la....
Budak2 bilik aku mencarut depan aku....
Bukan mencarut dekat aku...
Tapi nanti aku terikut la mangkuk!!

See,aku dah mencarut..
Haih..
Tolong laa jangan ajar aku mencarut teruk korang!!!
Heheheheh...

Sunday, August 9, 2009

MAJLIS MAKAN2!!!

Aku ke acara makan2 di rumah kawan aku. (SAMBIL TERINGAT KAT AYONG DAN NABIL!!!HAHAHAHAH). Kenyang nak gile. Series kalau kau da selalu makan nasik sekali sehari lepas tu hari laen kau makan nasik+ayam bakar+me goreng+me sup+kek batik+puding+dadih stoberi+air mangga+nugget+fries+air sarsi, kau akan rase nak muntah. Lepas tu pening macam tak cukup tidur. Mata berat macam ada dinesor kat atas kelopak mate.

Penyakit ni aku rase lagi bahaya dari demam chikungunya.

Balik saja ke hostel dijamukan pula dengan lagu keling pariya. Bodoh punya keling buat konsert kat belakang jalan hostel aku. Lagu dia aku dah menyumpah2 tak sedap. Sedap lagi bunyi musik New Boyz. Memang bangang!

Tak larat nak cerita.

Tengok gamba dah la....

Majlis tokey mee sup sedap kat bandaraya KULIM weh. Memang la ade mee sup.. Puas hati aku dapat makan mee sup.

Kek Mickey Mouse setelah dicemar duli.

Gile comey kek ni weh.. Besar gile...

BBQ terhebat la weh!!

Tokey mee sup sedap bandaraya KULIM yang sedang berdiri tudung hitam tu... Sebok tu.. Baru balik niage...heheh

Pegi makan2 tibe2 dapat baby comel..(tengok eyebag aku macam bontot ayam yang menggelebeh je...haih)



Haaa...Gambo ni takde kene mengena dengan majlis makan2 tu.. Ni sebab aku rindu dekat AZRAAI aku..Hahahahah.. Annoying!!!

Saturday, August 8, 2009

TIDUR LENA

Sekarang apa yang saya mahukan ialah segebar blanket merah terang.

Seperti ini..

Friday, August 7, 2009

NORHANIDA YAHYA DAN KISAH HIDUP..

Sangat rare kan nama aku. Tah malam ni tiba2 terpikir pasal diri sendiri. Ada ke orang sama macam aku? Ada ke kat dunia ni muka sama macam aku? Ada ke kat dunia ni orang sama besar dengan aku? Ada ke kat dunia ni orang anak sulung sama nama dengan aku? Ada ke orang dekat dunia ni suka baca buku cerita macam aku suka baca?

Hish.. Kalau aku nak tulis semua, memang akan panjang berjela2 la wei. Orang tengok persoalan ni memang anggap macam soalan bodoh je kan. Tapi ni separuh daripada muhasabah diri bagi aku. Fikir untuk kebaikan diri sendiri. Contohnya macam persoalan "ada ke orang lain nama macam aku?". Muhasabah untuk diri aku, aku perlu bersyukur dengan nama aku dan jangan pepandai nak tukar nama like kunda sheldon ataupun preemanidaparia okeng. Abah mama aku bagi nama elok2 sila hargai. Persoalan lain tu aku malas nak cerita. Nanti kauorang baca macam meluat pulak.

Lepas tu, dalam masa aku memotivasikan diri supaya rapat dengan pencipta ni, aku juga pikirkan tentang kewujudan aku kat dunia ni adalah untuk membawa dan melakukan sesuatu yang berguna untuk diri sendiri,negara serta agama. Cewah macam nak bagi ceramah bebas. Tapi tu lah hakikat hidup. Perlu perbaiki hidup kita setiap hari ye kawan2. Juga berdoalah untuk yang terbaik dalam kehidupan.

Sekian la dahulu entri aku untuk sesi memotivasikan diri. Aku juga gembira hari ni sebab buku yang aku order dengan RAHIMIN IDRIS tempoh hari telah sampai. Aku takmau baca terus habis satu buku. Nak baca satu cerita sehari. Nak menghayati hasil tulisan beliau. Sangat bagus ok.

Sesiapa yang berminat boleh lah ke blog beliau di www.rahimin.blogspot.com dan bolehlah order disitu. Sangat berpatutan dengan kos RM10.00. Handmade okeng. Dia binding sendiri rasanya.

Inilah rupa Bukan Deja Vu!

Selamat bergembira dan beribadah di bulan Syaaban yang mulia.

Selamat malam dunia!!

Wednesday, August 5, 2009

MOTIVASI

Semakin hari semakin aku jauh dengan pencipta. Aku sememangnya sangat lalai. Aku sedar. Tapi aku susah nak berubah. Mengadap facebook dan layan lagu orang putih macam haram jadah tu aku boleh je. Tu memang perkara yang aku tak kan tinggal setiap hari demi memenuhkan jadual hidup.

Tapi aku alpa. Lupa siapa pencipta. Lupa siapa yang lebih berkuasa. Sebetulnya aku hanya dipinjamkan di muka bumi ni hanya sementara. Yang ni memang betul2 aku pasti. Siapa yang tidak akan terlepas dari mati kan? Mati tu pasti.

Hari ini aku rapat dengan tuhan. Maksud aku aku sujud menyembah pencipta. Aku tahu, aku memang sentiasa lalai yang ini. Sedang solat, rintik hujan menerpa bumi. Aku sebak. Usai solat, aku panjangkan doa. Mintak dilindungkan diri dari segala bencana. Tinggikan tempat untuk kedua ibu bapaku di syurga kelak. Ampunkan segala dosa aku. Mudahkan segala urusan dan perkenankan segala doa yang aku hajati.

Aku kelam malam ni. Sesudah makan, aku berniat untuk puasa esok hari. Semoga dengan bermulanya paparan entri ini, aku akan sering mengingatkan diri aku untuk rapat dengan Tuhan. Sisa hidup aku di dunia ini hanya Dia yang tahu. Kegembiraan esok, musibah lusa, siapa yang tahu. Aku perlu rapat dengan Pencipta Agung aku.

Aku perlu motivasi. Bukan roti basi.

Tuesday, August 4, 2009

BUANG BELOG SAYA!!

Aku rasa macam blog ni akan kene delete la..
Aku dah boring merepek..
Idea pon dah kurang..

Ape pendapat anda??