Tuesday, October 13, 2009

LAMPU SULUH LANGIT TU MEMANG MACAM...................................................

Tadi tengah layan nasik goreng ayam tahap terbaek punya, aku nampak macam ade skaf putih melayang2. Nasib baik aku dah habis makan. Kalau tak memang rugi. Dah la nasik goreng dengan ayam tu terbaik. Makan sambil layan pushing daisy ke pe tah. Time tu baru aku percaya kat dunia ni memang ada hantu. Selama ni aku bajet kebal kot.

Aku pon tak pandang kiri kanan terus ke pintu. Aku rasa muka dah pucat lesi jugak la tadi. Keluar pintu sampai tak sempat nak sarung slipar jepun betul2. Dah la tersepak pulak tepi pintu, kaki luka. Babun betul. Semua salah lampu suluh langit funfair tu!!Kadang2 aku rasa lampu funfair suluh langit tu memang macam gampang je.

Kalau ye pon nak buat, buat la yang cahaya terang sikit macam yang aku nampak sebelum ni. Ni tidak, lampu pon samar2. Kalau makcik2 ada sakit jantung baru perasan cahaya tu macam aku ni la, ada jugak kena sakit jantung kritikal. On the spot beb..

Dah la. Aku baru balik dari pahang ni. Tadi pekena sate kajang. Terbaeeeeekkkk!!

Kaki aku luka ni pihak funfair tak nak tanggung ke????

Monday, October 5, 2009

KASI GUDANG GARAM SE!!

Aku terkejut dan pelik sebab baru aku sedar kat dunia ni ada perempuan yang berani hisap rokok terang2 depan mak dia. Kalau lah aku smoking depan mama aku agaknya dia bagi kapak kat kepala aku. Mak dia bukan calang2 orang jugak kot. Tenaga yang mencegah anak muda daripada smoking jugak tak silap aku.

Pelik......... Tapi tu lah dunia sekarang ni....

Sunday, October 4, 2009

SATE PASAR MALAM SEDAP!

Aku ke pasar malam tadi. Perut ni kalau dah lapar, ade je isyarat serta merta dia hanta ke otak. Lagi laju dari sms sampai. Tetiba terbayang rangka ayam, sate 25 sen secucuk, kepak ayam madu, popia goreng. Perghhh. Time tu kecur. Dah sampai sana, tak tahu pulak nak beli mana satu. Nak beli semua harapan la. Duit aku bukan banyak weh.

Sebut pasal duit, aku ada kisah. Di pasar malam tadi jugak. Bukan nak berbangga dengan diri sendiri. Tapi aku tak tahulah kenapa aku nak cerita jugak.

Selalunya kat pasar malam ni bukan setakat orang jual makanan, kaen baju je. Ada jugak insan2 kurang upaya datang mencari rezeki. Mungkin kerana mereka kurang upaya, tak boleh bekerja, ikhtiar terakhir adalah dengan meminta sedekah. Selalunya aku kurang kisah sangat dengan mereka ni. Aku bukanlah kedekut, tapi tak tahulah kadang2 tak terhulur jugak.

Tapi tadi, waktu aku tengah cari stall jual ayam rangka, nampak seorang pakcik yang dah tua sangat2. Aku agak umur dia dalam 78 tahun kot. Kepala pon dah memutih dengan uban. Duduk tepi jalan. Aku time tu jugak bukak purse, ambik duit hulur kat pakcik tu. Tak tahu perasaan aku time tu macam mana. Rasa otak aku kosong time hulur duit tu. Aku tak pandang kiri kanan. Betol2 rasa kosong. Aku pon terus ikot kawan aku beli goreng pisang. Baru aku perasan time tu aku memberi dengan betul2 ikhlas. Aku tengok pakcik tu dongak lihat aku balik. Aku tak perasan muka dia. Kalau aku tengok mungkin aku nak menangis kot.

Aku harap pakcik tu sehat dilindungi Allah. Bukan hina cara dia mencari rezeki. At least sumber rezeki dia dapat tu halal.

Yang buat aku hairan konsep pasar malam sekarang ni ialah orang2 Celcom, Maxis malahan Astro pon duk "menjaja". Pelik aku. Zaman kecik dulu kalau dengar je pasar malam mesti ada makanan, jual kaen baju je. Pasar malam moden la kot ada jual simcard RM8.80. Hairan.

Thursday, October 1, 2009

ELIEN MEMANG KEPALA GONDOL KE???

Sejak akhir2 ni aku asik nak buat entri tak berguna je. Nak buat tatapan keturunan pon memalukan je.

Imaginasi aku meliar ke arah benda laen sekarang. Dalam kepala otak nak bukak bisnes la, nak melukis la, nak pergi holiday la. Tapi yang paling asik terbayang benda scary2 je. Macam dalam bas haritu aku terbayang de satu blade tajam gile nak potong bas. Lepas tu tengok kat lua tingkap de lampu fun fair yang suluh langit tu. Aku terbayang kalau la betol2 ade elien kat angkasa tu nampak lampu kaler hijau tu turun kebumi. Maybe diorang ingat lampu tu isyarat nak panggil diorang ke kan. Lepas tu elien buat kacau macam dalam citer district 9 tu. Gile scary elien macam tu kan..

Mlampau lampau kan. Belom cite bab2 mimpi lagi. Kalau cite bab2 mimpi ni aku boleh wat novel kasi kat encik Rahimin. Mane tau die bleh jual cite aku kan. Dapat jugak duet aku nak beli Crocs baru... hahah..

Mrapu lebih ni. Selamat malam dunia!!